Warga Asing : Implikasi Kesan Masa Panjang Lebih Memudaratkan Dari Kesan Masa Pendek – Dr Masliha

Kuala Lumpur, 24 April – Malaysia di zaman wabak COVID-19 tidak memerlukan penjajahan dari warga asing ke dalam negara kerana risiko menyebarkan virus COVID-19 sangat tinggi. Exco Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun berkata untuk rekod, kes-kes COVID-19 kebanyakannya berpunca dari kes yang pulang dari luar negara. “Contoh penyebar utama atau kita panggil index case seperti kes 26 yang baru […]

» Read more

Kempen Perangi COVID-19 Bersama E-Hailing – Zahidi

KUALA LUMPUR, 24 April – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan bekerjasama dengan beberapa aplikasi pembelian dalam talian yang juga bertindak sebagai barisan hadapan, untuk menjalankan kempen memberi penerangan dan kesedaran mengenai COVID-19 kepada masyarakat. Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan syarikat e-hailing Grab dan bakal meluaskan inisiatif itu dengan beberapa syarikat lain antaranya Lazada. […]

» Read more

Bantuan Tunai Beri Keutamaan Kepada Mereka Yang Tidak Terima Bantuan Kerajaan Pusat Atau Negeri

KUALA LUMPUR, 24 April – Bantuan tunai yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor akan memberi keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Menerusi facebook Makmur Johor, borang yang tular di media sosial bukanlah untuk edaran awam sebaliknya kerajaan Negeri Johor telah melantik wakil atau penyelaras sebagai pemudah cara mewakili Kerajaan Negeri […]

» Read more

Isu Etnik Rohingya : Jangan Bebankan Malaysia Dengan Tanggungjawab Global

KUALA LUMPUR, 24 April – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Edzuan Jamaludin melihat Isu pelarian etnik Rohingya ini sebenarnya telah pun menjadi agenda global yang telah dibincangkan banyak pihak dan isu ini juga telah acap kali dibincangkan di Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Parlimen. Menurut beliau perkara berkenaan menunjukkan keprihatinan Kerajaan terhadap isu ini dan kepada NGO yang kecam kerajaan […]

» Read more

Zahid Lihat Langkah Kerajaan Pahang Proaktif Hadapi Kesan COVID-19

KUALA LUMPUR, 23 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat inisiatif kerajaan negeri Pahang dalam usaha membantu rakyat negeri itu mendepani kesan wabak COVID-19 merupakan satu langkah baik dan tersusun. Menerusi Live FB zahidhamidi.fanpage, Hello Bersama Presiden UMNO Malaysia yang kali kedua, diadakan, beliau berkongsi pandangan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail […]

» Read more

DBKL, JKM Diarah Selesai Masalah Bekalan Makanan Di PKPD Pusat Bandar Utara- Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 23 April – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) diarah memastikan masalah agihan bekalan makanan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur selesai hari ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aduan mengenai bekalan makanan tidak diperoleh mungkin timbul kerana orang ramai terlepas waktu agihan bekalan […]

» Read more

Ramadan Dalam Tempoh PKP Beri Ruang Lebih Masa Umat Islam Amal Ibadat Bersama Keluarga

KUALA LUMPUR, 23 April – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata daripada satu sudut, menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebenarnya memberi peluang untuk masyarakat Islam meluangkan lebih masa untuk beribadat bersama ahli keluarga. Pada masa yang sama katanya dalam situasi itu juga, ianya akan memberi ebih banyak lagi masa untuk membaca al-Quran […]

» Read more

UMNO Sabah Stabil, Sedia Berunding Dengan Mana-Mana Parti Kecuali Warisan

KUALA LUMPUR, 23 April – UMNO Negeri Sabah masih kekal stabil dan melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberi khidmat kepada rakyat walaupun ada walaupun ada sedikit gelombang, tegas Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Dalam hal tersebut katanya, UMNO negeri itu sedia berunding dengan mana-mana parti di Sabah yang tidak bersama Warisan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) akan datang. […]

» Read more

COVID-19: Kerajaan Sabah Masih Gagal Bantu Rakyat Dengan Baik

KUALA LUMPUR, 23 April – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun kerajaan negeri Sabah di bawah pentadbiran Parti Warisan mempunyai komitmen untuk melawan wabak COVID-19 ini namun penyalarasan mereka agak gagal. Jelas beliau, apabila rakyat susah dengan siapa lagi mahu mereka mengadu kalau bukan kerajaan negeri. “Memang kita tahu semua negeri susah tapi sebagai sebuah kerajaan […]

» Read more

Rejim Gagalkrasi: Habis Aset Dijualnya, Berebut Jadi Ketua Pembangkang – Fairuz

KUALA LUMPUR, 23 April – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Edzuan Jamaludin secara sinis melihat drama perebutan kuasa ‘rejim gagalkrasi’ masih belum habis sepenuhnya apabila jawatan ketua pembangkang pula mungkin akan menjadi ‘rebutan’ Menurut beliau, itulah karakter sebenar pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mana mereka dilihat gila dan dahagakan kuasa. “Tak habis lagi rupanya drama berebut kuasa Rejim Gagalkrasi. Lepas […]

» Read more
1 1,973 1,974 1,975 1,976 1,977 2,414