Ahmad Maslan Terus Gesa Moratorium Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan terus menggesa  agar moratorium secara automatik kepada rakyat perlu diberikan dalam usaha membantu mereka yang terkesan dengan senario semasa hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian antara ahli parlimen dari UMNO yang sering memperkatakan soal berkenaan termasuklah pengeluaran tanpa syarat daripada akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi I-Sinar yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Dalam memperkatakan soal moratorium, Ahmad Maslan menerusi facebooknya turut melampirkan kenyataan akhbar yang menyebut bahawa bank masih mampu tawar moratorium iaitu kenyataan daripada Penganalisis Ekonomi BIMB Securities Sdn Bhd, Imran Nurginis Ibrahim.

Kata Ahmad Maslan jika itulah senarionya dan jika  Bank masih mampu, ketika rakyat susah inilah ianya patt dipermudahkan.

Hari ini merupakan hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di beberapa negeri selain PKPB yang turut dilaksanakan.

Menerusi langkah berkenaan hanya beberapa sektor ekonomi dibuka bagi mengekang penularan wabak pandemic COVID-19 yang melanda negara hari ini.

Apa pun, rata-rata ramai yang terkesan teruk akibat perlaksanaan PKP 2.0 yang sememangnya tidak dapat dielakkan untuk tangani kes-kes COVID-19 yang makin meningkat. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.