Sama-Sama Rapatkan Saf Dan Terus Perkukuhkan UMNO – Sharkar

KUALA LUMPUR, 17  Jan – UMNO perlu terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa dan apa yang penting tentunya menuntut kepada kerjasama serta muafakat yang jitu daripada pelbagai pihak termasuklah pelbagai peringkat ahli parti untuk memastikan ianya benar-benar mencapai kejayaan.

Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin semua pihak hari ini seharusnya sama-sama bermuhasabah dan masing-masing perlu melihat ke hadapan dalam usaha untuk bersama-sama memperkukuhkan parti.

Menurut beliau masing-masing perlu merapatkan saf dan masing-masing perlulah istiqamah dengan perjuangan parti hari ini yang masih disayangi rakyat pelbagai peringkat di akar umbi.

“Waktu UMNO muhasabah diri dan lihat ke hadapan. UMNO masih masih ada masa untuk disayangi rakyat. UMNO mesti rapatkan saf, isnya Allah kita sama-sama membina kekuatan parti,” katanya kepada UMNO Online, di sini, hari ini.

Sharkar yang juga Ketua UMNO bahagian Temerloh seterusnya menambah hari ini negara dilanda COVID-19 dan musibah banjir yang melanda beberapa negeri di pantai timur termasuklah di negeri Pahang.

“Marilah kita sama-sama rapatkan saf. Tumpu pada COVID-19 yang merupakan wabak pandemik  yang melanda seluruh negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid menjadi presiden parti ketika UMNO hilang kuasa. Pasti berbeza ketika parti berkuasa,” ujarnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.