PAU 2020 Ditangguhkan, Pemilihan UMNO Tetap Diadakan Tahun Ini – SUA UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Selaras dengan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari 2021 adalah ditangguhkan.

Demikian kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan hari ini, di sini.

“Tarikh baru akan dimaklumkan kelak.

“Adalah diingatkan agar ahli-ahli UMNO sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19,” ujarnya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Begitu juga katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti yang dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun ini.

Sementara itu tegasnya, semua ahli UMNO diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat, pada ketika yang begitu mencabar ini. – UMNO ONLINE

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/01/KENYATAAN-MEDIA-SUA-_-PERHIMPUNAN-AGUNG-UMNO.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.