Isu Sajjad, Cerminan Penguatkuasaan Tak Tegas Bendung LGBT: Amin Shukor

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Isu kontroversi membabitkan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman seolah-olah mencerminkan agensi penguatkuasaan yang terlibat tidak bertindak tegas dalam membendung amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berkata isu membabitkan Sajjad serta kes yang serupa dengannya bukan hal baru malah ianya berleluasa tanpa tindakan tegas dan penguatkuasaan […]

» Read more

Pertimbangkan Semula Ketetapan Had Maksimum Pembelian Benih Padi – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru supaya kerajaan mempertimbangkan semula ketetapan had maksimum pembelian benih padi dua kampit kepada setiap pesawah. Menurutnya, mungkin lebih baik wakil kerajaan turun dan mengambil pandangan pesawah-pesawah di kampung untuk memahami situasi sebenar keperluan mereka yang berbeza-beza bagi setiap kawasan. “Ia akan bukan sahaja […]

» Read more

Syukur Tiada Lagi PKP, Agak-agak Bila Parlimen Kembali Bersidang? – Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur kerana tiada lagi negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rentas daerah kembali dibenarkan bermula 5 Mac 2021 kecuali di Sabah. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berharap dengan kebenaran pergerakan ini akan membantu urusan seharian terutama memacu semula ekonomi rakyat. “Semoga kelonggaran […]

» Read more

UMNO Pahang Terus Komited Dan Konsisten Perkukuhkan Muafakat Nasional – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengulangi pendirian UMNO negeri itu bahawa mereka akan terus komited dan konsisten dalam mengukuhkan lagi persepakatannya dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) di negeri berkenaan. Menurut beliau, sepertimana pendirian sama dinyatakan sebelum ini, begitulah juga yang dizahirkan pada pertemuan kepemimpinan tertinggi MN Pahang malam […]

» Read more

RMK-12 Antara Sebab Besar Parlimen Perlu Segera Bersidang – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) merupakan antara satu sebab besar mengapa Parlimen perlu segera bersidang. “Biasanya rancangan lima tahun itu dibentang di Parlimen agar Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dapat beri pandangan dan dijawab semua kementerian,” ciapnya di Twitter. Katanya, RMK-11 telah berakhir pada pada tahun […]

» Read more

Ahmad Zahid Bimbang Industri Pelancongan Tak Mampu Bertahan, Tambah Baik Bantuan Demi Kelangsungan

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan kebimbangan kebanyakan pengusaha dan pekerja sektor pelancongan tidak mampu bertahan bagi tempoh minimum 12 bulan akan datang. Ujar Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, industri pelancongan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara kasar yang bermaksud ramai rakyat bernaung di bawahnya. “Tahun lalu kita diberitahu […]

» Read more

Sudah Tiba Masanya Akta Anti Lompat Parti Diwujudkan, Boleh Jejas Kestabilan

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Cerita-cerita lompat parti nampaknya kembali menghangatkan suhu politik tanah air dengan masing-masing menyatakan pendirian serta alasan tersendiri berhubung perkara tersebut. Bagi Exco Pemuda UMNO, Datuk Najmil Aris Mohamed Faiz, apa pun keadaan dan situasi tersebut sebenarnya boleh menjejaskan kestabilan politik negara khususnya pelanggaran soal demokrasi. Jelasnya sudah sampai masanya untuk negara menggubal satu akta berhubung […]

» Read more

Di Manakah RMK-12… Akhirnya Rakyat Jadi Mangsa – Zahida

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan ke mana perginya pelan hala tuju negara dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). Ulasnya, pada tahun 2020 menandakan berakhirnya tempoh Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), 2016-2020. “Sebagai kesinambungan, pelan pembangunan pasca 2020 akan digubal dengan menetapkan hala tuju strategik yang jelas bagi menentukan hala tuju pembangunan […]

» Read more

‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’… Dukungan Ahli Pastikan UMNO Tetap Relevan

Tahun ini UMNO berusia 75 tahun dan bakal menyambut ulang tahun Jubli Intannya pada 11 Mei hadapan. Alhamdulillah, saya masih istiqamah dalam perjuangan UMNO kerana saya yakin bahawa UMNO masih kekal dengan asas tujuannya iaitu sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. Itulah yang tertulis dalam Buku Perlembagaan […]

» Read more

700 Pekerja SSM Dibantu: Terima Kasih Kerajaan Negeri Perak, Peduli Nasib Rakyat

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Terima kasih Kerajaan Negeri Perak membantu 700 pekerja kilang pengeluaran tayar Silverstone Malaysia Bhd (SSM) di Taiping, ujar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujarnya, seperti mana yang pernah disuarakan pada 18 Februari lalu di posting Facebooknya, ramai tertanya-tanya mengenai nasib pekerja kilang itu yang bakal kehilangan kerja berikutan pengumuman syarikat akan menamatkan […]

» Read more
1 … 1,944 1,945 1,946 1,947 1,948 … 2,528