Hutang Negara…. Pembentangan Laporan RMK-11 Perjelaskan Segala-Galanya

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata beberapa hari lalu Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 bagi tempoh 2016-2020 dan jelas hutang negara berjumlah hanya RM686 bilion sahaja. Menurut beliau jika sentimen hutang RM1 trilion terus dimainkan oleh pihak PH nasib negara ini di sudut ekonomi amat malang […]

» Baca lanjut

UMNO Masih Wujud, Bergerak Sebagai Parti Politik Terbesar Di Malaysia – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menolak dakwaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa UMNO sudah tidak ada dan ia tidak memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara, melainkan hanya mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kenyataan sedemikian adalah tidak benar. UMNO waktu ini wujud, berfungsi dan bergerak sebagai parti politik terbesar […]

» Baca lanjut

Pemimpin PH Tak Senang Duduk, Dinasihat Fokus Portfolio Sendiri

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin untuk fokus terhadap tugas dan portfolio sendiri di Jabatan Perdana Menteri. Secara sinis, beliau membidas Mohamed Hanipa yang dilihat tidak senang duduk dengan responnya berkaitan isu pemandu teksi semalam. “Saya tersenyum bila membaca laporan Malaysiakini yang memetik […]

» Baca lanjut

Tiada Angka RM1 Trillion Dalam Laporan RMK-11 : Najib

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam tonggak kajian yang terdapat dalam laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) semuanya adalah diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan, dokumen yang dibentangkan Perdana Menteri itu bukanlah satu dokumen yang baru sebaliknya adalah kesinambungan terhadap inisiatif  yang […]

» Baca lanjut

UMNO Tidak Terbubar, Ahli Jangan Gentar – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Ahli-ahli UMNO tidak perlu gentar dengan ugutan untuk membubarkannya, tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Semangat ahli-ahlinya tetap utuh biarpun pemimpin-pemimpinnya disiasat dan diheret ke mahkamah, UMNO tidak akan terbubar dari dalam. “Biarkan usaha pembubaran dilakukan pihak berkuasa, UMNO akan tetap bangkit semula. Bangkitlah!” seru beliau yang dimuat naik melalui laman twitternya hari […]

» Baca lanjut

Jangan Hentikan Projek Untuk Rakyat Untuk Hukum Rakyat, Ini Tidak Adil – Jazlan

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyifatkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghentikan segala projek untuk rakyat yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan alasan untuk mengkaji semula projek-projek tersebut sebagai tidak adil. Ini kerana menurut beliau, adalah tugas kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat sepanjang waktu tanpa perlu […]

» Baca lanjut

Kecaman Berterusan Terhadap UMNO : Adakah Tun Sudah Lupa…?

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh pemimpin UMNO sebagai penyangak dan pencuri diulang-ulang sejak pembangkang hinggalah sudah menjadi kerajaan, sedangkan hakikatnya di era pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) jugalah rakyat menikmati bermacam-macam bentuk bantuan daripada kerajaan berbanding sekarang segalanya sudah dihapuskan, luah Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan. Katanya, tiada salahnya dengan […]

» Baca lanjut

Pemimpin PH Perlu Cermin Diri, Janganlah Cepat Melatah – Din Adam

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) disaran cermin diri dan tidak cepat melatah dengan melontarkan pelbagai pandangan sinis terhadap pemandu teksi gara-gara peristiwa yang berlaku di Langkawi baru-baru ini berhubung ketidakpuasan hati golongan tersebut terhadap langkah kerajaan dalam usaha membela nasib mereka. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Din Adam berkata pimpinan PH perlu menilai dan […]

» Baca lanjut

Jual Aset Sepatutnya Pilihan Terakhir Felda

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, tidak ada salahnya sekiranya kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) mahu menjual aset Felda bagi menjana kembali aliran tunai Felda yang dikatakan tenat tetapi itu adalah langkah terakhir yang sepatutnya diambil kerana masih banyak cara lain yang boleh digunapakai. Jelas beliau, antara caranya adalah dengan […]

» Baca lanjut

‘Siapa Membela Rakyat?’ Diskusi ‘Live’ Dari Parlimen Malam Ini

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pada malam ini, Diskusi Dari Parlimen akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘Siapa Membela Rakyat?’. Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar sebagai ahli panel manakala Datuk Dr Azizan Abd Majid pula bertindak sebagai moderator. […]

» Baca lanjut
1 1,933 1,934 1,935 1,936 1,937 2,019