UMNO Merafak Sembah Tahniah Kepada Yang di-Pertuan Agong XVI

KUALA LUMPUR, 24 Jan – UMNO Malaysia merafak sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, Sultan Pahang Darul Makmur yang telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI, selama lima tahun mulai 31 Januari 2019.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, selaku parti yang menyanjung tinggi Rukun Negara, khususnya prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, UMNO akan terus mencurahkan khidmat bakti serta ketaatan kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara.

“Parti ini akan terus mengambil ikhtiar memastikan institusi Diraja di negara ini bukan sahaja dihormati dan dipertahankan. Malah, menjadi inspirasi terbaik dalam membangunkan tanah air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, UMNO yakin dan percaya, tempoh pemerintahan DYMM Yang di-Pertuan Agong XVI akan melonjakkan Malaysia ke persada yang lebih baik dan berjaya.

“UMNO mendoakan agar pemerintahan DYMM Yang di-Pertuan Agong XVI akan berjalan dengan lancar, diberkati serta aman makmur.

“Daulat Tuanku.” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.