PRK Cameron Highlands: Fokus, Lipat Ganda Usaha Pastikan Kemenangan BN

JELAI, 24 Jan – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Cameron Highlands berbaki lebih kurang 48 jam sebelum hari pengundian pada Sabtu, 26 Jan ini.

Justeru, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa jentera parti melipat-gandakan usaha bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi tersebut.

“Walaupun kita yakin untuk menang, tapi kita hanya boleh meraikan kemenangan itu apabila ia diisytiharkan pada 26 Januari nanti.

“Tapi jangan keyakinan itu menyebabkan kita leka dan kita rasa kita sudah menang jadi kita tidak kerja lagi.

“Kerja terus hinggalah hari mengundi walaupun kita telah bekerja kuat selama 13 hari tapi kalau penutupnya kita alpa itu juga boleh memberi kegagalan,” tegasnya kepada UMNO-Online.

Justeru katanya lagi, apa yang penting ketika hari pengundian nanti adalah mengeluarkan pengundi yang menyokong calon BN, Ramli Mohd Nor.

“Kita tak nak selepas tutup pusat pengundian, masih ada lagi pengundi-pengundi putih yang tidak dapat kita keluarkan.

“Jadi, kita mesti keluarkan setiap pengundi putih dan pastikan juga mereka terus putih pada hari mengundi untuk mengundi kita.

“Insya-Allah kalau kita bekerja sampai hari yang terakhir, apa yang kita rancangkan, kita lakukan InsyaAllah saya rasa kemenangan berpihak kepada kita,” ujarnya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.