Zahid Doakan BN Capai Kejayaan, Ucap Terima Kasih Kepada Jentera Parti

KUALA LUMPUR, 24 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd Nor mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands Sabtu ini.

Menerusi catatan di twitternya, Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera parti yang bertungkus lumus dalam PRK berkenaan.

“Saya mendoakan agar calon BN, Ramli Mohd Nor meraih kejayaan di Cameron Highlands biarpun banyak cabaran dan kekangan dari luar serta dalam.

“Syabas jentera UMNO dan BN yang bertungkua lumus,” katanya.

Datuk Seri Ahmad Zahid kini sedang bercuti dan menyerahkan tugas presiden parti kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengemudi UMNO.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.