Status Menteri Kabinet Tidak Bermakna Guan Eng Terlepas Dari Undang-undang, Tegas Khusairi

TANJUNG MALIM, 7 Mac – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dengan tegas berkata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sewajarnya didakwa di bawah Akta Hasutan kerana membuat kenyataan berunsur hasutan. Desaknya, biarpun Setiausaha Agung Dap itu mempunyai kedudukan sebagai menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH), tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadapnya. “Biarpun Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng […]

» Read more

Khazanah Rugi Akibat PH Dan Menteri-Menteri Yang Hancur – Isham

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil menyimpulkan kerugian Khazanah sebanyak RM6.3 billion akibat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan menteri-menterinya yang hancur sehinggakan rakyat semakin susah dan tertekan kerana mereka. Tegasnya, apabila Menteri Ekonomi atau Menteri Kewangan PH cuba menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu pula berkenaan hal ini, ia langsung tidak masuk akal dan umpama menganggap […]

» Read more

Guan Eng Hentikan Sikap Kiasu, Cauvinis Dan Hasutan Perkauman – Dr. Shamsul

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menempelak Menteri Kewangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berterusan menunjukkan sikap kiasu dan cauvinisnya. Malah bidas Dr. Shamsul, Setiausaha Agung Dap itu juga suka membuat kenyataan berbau hasutan. “Sebagai menteri kanan, Guan Eng sepatutnya berfikiran terbuka, positif dan bukan bertindak kiasu, malahan kenyataan beliau adalah bukti jelas, […]

» Read more

MCA Tempelak Guan Eng Keluar Kenyataan Berunsur Hasutan

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menempelak Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng yang membuat kenyataan menghasut dengan mengatakan kerjasama UMNO dan PAS sebagai pengisytiharan perang antara kaum. Menurutnya, kenyataan Guan Eng tersebut langsung tidak boleh diterima dan beliau harus dipertanggungjawabkan di atas hasutan yang menjurus kepada kebencian antara kaum serta menjejaskan […]

» Read more

Kenyataan Guan Eng Terlalu Celupar, Sangat Cauvinis dan Rasis! – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican membidas Lim Guan Eng yang nampaknya masih hidup dalam dunia politik keluarga dan parti DAP yang terlalu rasis. Katanya, ini manifestasi DNA pemimpin DAP yang penuh cauvinisme dan tidak pernah senang dengan gerak perpaduan orang Melayu. “Sikap dan DNA seperti Guan Eng inilah yang […]

» Read more

Dakwa UMNO-Pas ‘Isyarat Perang’, Pemuda UMNO Gesa Guan Eng Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama UMNO-PAS sebagai satu ‘isyarat perang’ terhadap orang Bukan Islam dan Bukan Melayu di Malaysia. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan dangkal ini amat merbahaya kerana boleh mencetuskan suasana tegang antara kaum dan mampu merangsang perlakuan tidak […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS : BERSATU Seperti Janda Yang Cemburu

ANGGOTA Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Rais Hussin Mohamed Ariff yang tidak senang dengan perkahwinan UMNO dan PAS melabelkan ia sebagai satu ‘sumbang mahram’. Beliau menyatakan bahawa dengan penyatuan ini, UMNO dan PAS “bersedia untuk melahirkan anak haram dari perkahwinan politik mereka yang dilangsungkan bagi kepentingan kedua-dua pihak”. Pada beliau, penyatuan dua-dua parti ini adalah berlandaskan selera mereka terhadap penipuan, korupsi, […]

» Read more

Nazri Beri Ruang Pimpinan Tertinggi BN Buat Keputusan, Sokong Kerjasama UMNO Dan PAS

  KUALA LUMPUR 6 Mac – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak akan hadir Mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu, Jumaat ini bagi memberi ruang kepada pemimpin tertinggi parti untuk perbincangan mengenai parti tersebut. Pada masa yang sama beliau turut menegaskan langkah itu juga bagi memberi ruang kepada pimpinan parti membincangkan mengenai kedudukannya sebagai […]

» Read more

Siapa Samak Siapa… UMNO/PAS Atau PH? Soal Puad

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tidak timbul isu UMNO dan PAS perlu disamak sebagaimana sindiran Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin. Bidasnya, yang sedang disamak kini adalah Pakatan Harapan (PH). “Yang sedang disamak ialah PH. Disamak oleh rakyat. Banyak sangat pembohongan dan penipuan. “Dap sudah disamak oleh […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS Inklusif Bagi Semua, Satu Sejarah Demi Perjuangan Agama Bangsa Dan Tanah Air

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa kerjasama rasmi UMNO dan PAS adalah gagasan penyatuan ummah yang bukan inklusif kepada dua parti ini sahaja tetapi turut membawa rakan gabungan lain. Katanya, kesepakatan ini tidak terhad kepada parti politik kerana ia adalah satu gagasan Nasional yang inklusif bagi semua rakyat Malaysia. “Kita ditanya apakah […]

» Read more
1 1,903 1,904 1,905 1,906 1,907 2,077