Agong Amat Dukacita Kerajaan Batal Ordinan Darurat Walhal Belum Diperkenan Baginda – Istana Negara

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen Isnin lepas bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Baginda. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka juga amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan […]

» Read more

Perlu Langkah Radikal Elak 24,000 Kes COVID -19

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Pemuda UMNO Malaysia hari ini melahirkan kebimbangan berkaitan jangkaan jangkitan kes COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan dan berpandangan perlunya langkah radikal berhubung soal terbabit. Menerusi perkongsian di Facebook, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sejujurnya pihaknya amat bimbang dan resah sejak membaca pendedahan Ketua Pengarah Kesihatan yang menjangkakan angka kes COVID-19 bakal […]

» Read more

Tindakan Ahli Parlimen DAP Biadap Ketika Perdana Menteri Membaca Al-Fatihah

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Umat Islam dan rakyat Malaysia sangat tersinggung dengan tindakan biadap beberapa Ahli Parlimen DAP yang tidak menghormati saat bertafakur yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa persidangan Parlimen tiga hari lepas. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ketika Perdana Menteri membaca surah Al-Fatihah dan menyatakan rasa dukanya terhadap kehilangan begitu […]

» Read more

Pertandingan Pidato Online PUMAS

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Ibu Pejabat Penerangan UMNO Malaysia akan mengadakan pertandingan Pidato bagi mencungkil bakat pemidato dari kalangan ahli UMNO. Pertandingan ini akan diadakan secara online dengan fasa peringkat negeri bermula 8 Ogos sehingga 31 Ogos 2021 bagi mencungkil dan mengasah bakat pemidato dalam parti. Terbuka kepada ahli UMNO berusia 18 tahun ke atas, dengan dua wakil setiap […]

» Read more

Pemuda UMNO Sejak Dulu Konsisten Membawa Suara Rakyat – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata Pemuda UMNO sejak dulu konsisten membawa suara rakyat melalui tuntutan rakyat yang melibatkan bantuan tambahan tunai, bantuan bakul makanan, moratorium, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan diskaun bil-bil utiliti. Katanya, hari-hari Pemuda UMNO memperjuangkan isu ini hingga Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki […]

» Read more

Proklamasi Darurat Gagal Capai Objektif, Tiba-tiba Tamat… Kerajaan Perlu Jelaskan – Mohd Zaidy

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan berharap agar jawapan yang diberi oleh kerajaan bukanlah satu jawapan yang retorik sebaliknya penjelasan perlu dibuat secara terperinci berkaitan proklamasi Darurat di negara yang dikatakan telah tamat. Ketuanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata sejak dari awal lagi sememangnya tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan untuk melaksanakan Proklamasi Darurat kerana ia […]

» Read more

UMNO Tidak Boleh Dikaitkan Dengan Kegagalan Kerajaan PN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Julai – UMNO tidak mengetahui Ordinan Darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai lalu, kata Presiden UMNO Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jelasnya demikian walau dalam keadaan ada segelintir Ahli Parlimen dari UMNO menyertai Kerajaan Persekutuan. “Ini antara bukti mengapa UMNO tidak boleh dikait dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan. “Ianya kerana Ahli Parlimen dari UMNO terbabit bekerja untuk Kerajaan […]

» Read more

Mengapa Ahli Parlimen PH Minta Menteri Ketepikan Prosedur Data Dan Sains?

Saya berpandangan sesiapa yang bukan doktor, jauh dari pakar perubatan penyakit – eloklah akur kepada pakar. Tak semua perkara ahli politik perlu berebut mendahului pakar. Dalam hal meluluskan penggunaan sesuatu ubat, eloklah juga akur kepada sistem kelulusan yang telah terbina dan ditambahbaik selama berpuluh tahun. Adakah Ivermectin berkesan untuk merawat Covid? Semestinya saya tidak tahu. Hanya data dan pakar perubatan […]

» Read more

Kerajaan Perlu Perjelas 3 Perkara Isu Ordinan Darurat – Najib

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Kerajaan perlu memberi penjelasan berhubung isu Ordinan Darurat secepat mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan terhadap ahli Parlimen dan rakyat seluruhnya. Menurut Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak, terdapat tiga persoalan yang perlu dirungkai selepas kerajaan memaklumkan Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu. “Adakah proses undang-undang telah diamalkan dalam erti kata apa-apa […]

» Read more

Mesej Doktor Kontrak Jelas, Kerajaan Perlu Cari Jalan Penyelesaian Terbaik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR 27 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan kerajaan untuk berkompromi dan cuba mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya bersama doktor lantikan kontrak yang berkhidmat di hospital-hospital seluruh negara. Jelas beliau, lebih-lebih lagi para doktor ketika ini berada dalam kepenatan dan tekanan melindungi nyawa rakyat daripada pandemik COVID-19. “Laporan media menyebut sebelum hartal berlangsung ada […]

» Read more
1 … 1,836 1,837 1,838 1,839 1,840 … 2,530