Pertandingan Pidato Online PUMAS

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Ibu Pejabat Penerangan UMNO Malaysia akan mengadakan pertandingan Pidato bagi mencungkil bakat pemidato dari kalangan ahli UMNO.

Pertandingan ini akan diadakan secara online dengan fasa peringkat negeri bermula 8 Ogos sehingga 31 Ogos 2021 bagi mencungkil dan mengasah bakat pemidato dalam parti.

Terbuka kepada ahli UMNO berusia 18 tahun ke atas, dengan dua wakil setiap bahagian UMNO dan diuruskan oleh Penerangan UMNO Negeri masing-masing.

Tiga pemenang peringkat negeri akan bertanding di peringkat kebangsaan

Sila rujuk poster dan UMNO Online untuk syarat-syarat dan prosedur penyertaan.

Jom sertai Pertandingan Pidato Online PUMAS.

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.