UMNO Tidak Boleh Dikaitkan Dengan Kegagalan Kerajaan PN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Julai – UMNO tidak mengetahui Ordinan Darurat sudah dibatalkan sejak 21 Julai lalu, kata Presiden UMNO Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya demikian walau dalam keadaan ada segelintir Ahli Parlimen dari UMNO menyertai Kerajaan Persekutuan.

“Ini antara bukti mengapa UMNO tidak boleh dikait dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan.

“Ianya kerana Ahli Parlimen dari UMNO terbabit bekerja untuk Kerajaan Persekutuan bernama Perikatan Nasional (PN).

“Bukan lagi Kerajaan Persekutuan bernama Barisan Nasional (BN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 angkara fitnah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan ini ibarat sukan apabila pemain pasukan ‘A’ diimport dan dibayar bermain untuk pasukan ‘B’.

Persoalannya, jika pasukan B gagal adakah pasukan A juga perlu dipersalahkan?

“Ini dua organisasi yang berbeza, pengurusan berbeza, cara dan falsafahnya juga berbeza,” tegasnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.