Tindakan Ahli Parlimen DAP Biadap Ketika Perdana Menteri Membaca Al-Fatihah

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Umat Islam dan rakyat Malaysia sangat tersinggung dengan tindakan biadap beberapa Ahli Parlimen DAP yang tidak menghormati saat bertafakur yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa persidangan Parlimen tiga hari lepas.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ketika Perdana Menteri membaca surah Al-Fatihah dan menyatakan rasa dukanya terhadap kehilangan begitu banyak nyawa akibat pandemik ini, pemimpin DAP dan rakan-rakannya terus berteriakan dan menggangu Perdana Menteri.

“Tiada sedikitpun rasa hormat dan sopan kepada seruan bertafakur dan berdoa. Apalagi terhadap seorang Perdana Menteri.

“Tindakan mereka sangat biadap, tercela dan jelek. Sikap mereka bercanggah dengan nilai kita sebagai bangsa yang teguh dengan nilai dan moral,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tegas Mohamad DAP harus meminta maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan seluruh umat Islam serta rakyat Malaysia atas tindakan tidak sopan mereka itu.

Tegasnya lagi Parlimen Malaysia tidak boleh menjadi tempat agama dan nilai terbaik bangsa menjadi sendaan dan perbuatan biadap.- UMNO Onlone

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.