Kerajaan Selangor Main Isu Politik Dalam Sidang DUN, Rizam Geza Fokus Isu Rakyat

SHAH ALAM, 24 Ogos – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Rizam Ismail melahirkan rasa kecewa kepada Ahli Dewan Negeri di pihak Kerajaan yang sering memainkan isu politik semasa ruang untuk perbahasan dibuka. Tegas beliau, seharusnya platform yang diberikan tiga kali setahun ini perlulah fokus kepada isu rakyat yang kini sudah sengsara akibat pandemik COVID-19. “Ada beberapa isu […]

» Read more

Ahli UMNO Diseru Kuatkan Azam, Tekad Perkukuh Parti Demi PRU-15 – Ahmad Said

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyeru ahli-ahli UMNO untuk kuatkan azam dan tekad bagi memperkukuh parti dan seterusnya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Katanya, biarpun undi adalah rahsia namun keputusannya bukan satu rahsia dan bebannya kelak akan kembali kepada rakyat sebagaimana mereka yang membuat keputusan memilih pemimpin. […]

» Read more

Pidato Online PUMAS Antara Persiapan Untuk Hadapi PRU-15 – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menganggap pelaksanaan pertandingan Pidato Online Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) adalah antara salah satu persediaan ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ujarnya, walaupun keadaan hari ini kembali meletakkan UMNO sebagai teraju dalam pimpinan kerajaan tetapi tidak boleh tidak persediaan untuk menghadapi PRU-15 mesti dilaksana. “Walaupun dalam keadaan hari ini […]

» Read more

Puteri UMNO Ajak Kibarkan ‘Jalur Gemilang’ Meriahkan Sambutan Kemerdekaan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Tarikh 31 Ogos ini ialah kemerdekaan tanah air buat kali ke-64 tahun. Sehubungan itu, Puteri UMNO Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan sambutannya melalui kibaran bendera ’Jalur Gemilang’. Kata ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan, walaupun pada musim COVID-19, kemeriahan sambutan kemerdekaan mesti dirasai. “Petang semalam saya dan rakan-rakan agih dan tampal terus ‘Jalur Gemilang’ […]

» Read more

Pemuda UMNO Teruskan ‘Follow-Up’ Untuk Tuntutan Rakyat Jadi Realiti – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Pemuda UMNO akan terus membuat tindakan susulan bagi memastikan isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan dirumuskan oleh Pemuda UMNO sebelum ini dalam bentuk sepuluh tuntutan rakyat direalisasikan. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan beliau sudah menyampaikan rintihan rakyat yang rata-rata amat tertekan dan terdesak ketika ini kepada Perdana Menteri malam tadi terutamanya berkenaan dengan […]

» Read more

Optimis Peserta Pidato ‘Online’ Mampu Julang Nama UMNO Perjelas Isu Semasa – Nik Dir

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu Datuk Nik Dir Nik Wan Ku optimis peserta Pertandingan Pidato Online Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS) yang mewakili negeri akan melakukan yang terbaik menjelang pertandingan di peringkat UMNO Malaysia kelak termasuk mengupas isu-isu semasa. Menurut beliau, ini kerana peserta yang bakal mewakili negeri telah memberikan komitmen yang terbaik. “Saya ada harapan […]

» Read more

Rakyat Letak Harapan Besar, Jadikan Kegagalan Lalu Sebagai Sempadan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat meletakkan harapan besar kepada kerajaan baharu untuk melakukan perubahan. Jelasnya menerusi catatan di Facebook, perubahan yang diinginkan itu adalah supaya negara terlepas daripada ancaman pandemik COVID-19 yang semakin memburuk. Ahmad Zahid turut menyenaraikan beberapa kegagalan pentadbiran terdahulu yang wajar dijadikan sempadan: 1) Keputusan populis yang […]

» Read more

Rakaman Suara : Tengku Azlan Nafi, Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR, 23 Ogos –  Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar hari ini menafikan rakaman suara yang dikatakan mirip suaranya dan menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak bertanggungjawab. Pada sidang medianya petang tadi, beliau turut memberitahu pihaknya telah membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut dan berharap ianya dapat diselesaikan sebaik mungkin. “Saya menafikan apa yang telah dilakukan yang mana digunakan gambar saya, […]

» Read more

Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ Diyakini Stabilkan Politik Negara Dan Jaga Kesejahteraan Rakyat – Bung  

KOTA KINABALU, 23 Ogos – Pendekatan baharu ‘Keluarga Malaysia’ yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat tepat pada masanya di saat krisis politik, pandemik kesihatan serta situasi ekonomi  yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Keluarga Malaysia menuntut kebersamaan semua pihak dalam menghadapi  situasi ini dan Keluarga Malaysia […]

» Read more

Tawaran Kepada Pembangkang Majlis Pemulihan Negara Bersifat Inklusif – Pemuda UMNO Johor

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pihak pembangkang untuk bersama dalam ruang menganggotai Majlis Pemulihan Negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu. Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata Perdana Menteri juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini dengan mengangkat Konsep Kebersamaan, mengenepikan polemik dan kegilaan politik demi memberi […]

» Read more
1 … 1,812 1,813 1,814 1,815 1,816 … 2,530