Rakyat Letak Harapan Besar, Jadikan Kegagalan Lalu Sebagai Sempadan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat meletakkan harapan besar kepada kerajaan baharu untuk melakukan perubahan.

Jelasnya menerusi catatan di Facebook, perubahan yang diinginkan itu adalah supaya negara terlepas daripada ancaman pandemik COVID-19 yang semakin memburuk.

Ahmad Zahid turut menyenaraikan beberapa kegagalan pentadbiran terdahulu yang wajar dijadikan sempadan:

1) Keputusan populis yang membahayakan

– Memberi terlalu banyak kelonggaran sebelum mencapai imuniti kelompok sekaligus mendedahkan rakyat kepada wabak yang masih berleluasa.

– Membuka sekolah semasa kes jangkitan sedang tinggi sekaligus meletakkan murid-murid dan para guru dalam bahaya.

– Memberi kelonggaran kepada pengembara dari luar negara menjalani kuarantin di rumah ketika dunia berdepan ancaman pelbagai varian baharu Covid-19,” katanya.

2) Bias dalam pelaksanaan SOP

– Menutup sektor kurang berisiko, tetapi sektor yang menyumbang kepada kluster tertinggi dibenarkan beroperasi.

– Penguatkuasaan PKP yang tidak bersungguh-sungguh akhirnya menyebabkan kadar jangkitan bertambah parah.

– Mengenakan kadar kompaun yang tidak munasabah ke atas rakyat. Kompaun bersifat mendidik bukan menghukum.

– Polisi “try and error” sehingga mengundang “flip flop” mengelirukan dan menyusahkan rakyat.

3) Bantuan menguntungkan pihak ketiga

– Pemberian moratorium pinjaman bersifat “refinance” menguntungkan pemiutang. ‘Banker Jaga Banker’.

– Sebahagian bantuan yang diumumkan bersifat terakru sedangkan bantuan itu diperlukan sekarang.

– Kebenaran pengeluaran wang KWSP yang tidak menyeluruh dan gagal membantu rakyat secara total.

4) Menggantung demokrasi

– Menyekat persidangan Parlimen yang merupakan lambang demokrasi negara dan saluran rasmi suara rakyat.

– Menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta membelakangi Perlembagaan Negara.

5) Percanggahan polisi memerangi wabak Covid-19

– Pintu depan ditutup, tetapi pintu belakang dibuka dalam pentadbiran kerajaan berlaku secara nyata.

– Nasihat KKM dan pakar kesihatan diambil mudah demi memenuhi tuntutan kroni dan “monetary”.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.