Puteri UMNO Ajak Kibarkan ‘Jalur Gemilang’ Meriahkan Sambutan Kemerdekaan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Tarikh 31 Ogos ini ialah kemerdekaan tanah air buat kali ke-64 tahun. Sehubungan itu, Puteri UMNO Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan sambutannya melalui kibaran bendera ’Jalur Gemilang’.

Kata ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan, walaupun pada musim COVID-19, kemeriahan sambutan kemerdekaan mesti dirasai.

“Petang semalam saya dan rakan-rakan agih dan tampal terus ‘Jalur Gemilang’ pada kenderaan di sekitar Petronas Taman Dagang Pandan.

“Seronok betul mereka dapat bendera. Insya-Allah nanti kita agih di lokasi lain pula,” katanya menerusi hantaran dalam laman facebooknya berkaitan hal terbabit.

Dilaporkan tema hari kebangsaan ialah ‘Malaysia Prihatin’ dengan sambutan pada tahun ini akan dibuat secara sederhana di Daataran Pahlawan, Putrajaya dengan penglibatan dan masa yang terhad berikutan penularan pandemik COVID-19 masih berlaku. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.