UMNO Terus Junjung Prinsip Setiakawan Dalam BN – Ahmad Maslan

JASIN, 10 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata parti itu masih menunggu perkembangan berhubung Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) dan akan tetap menekankan soal setiakawan di dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau langkah itu akan diambil kira namun sehingga kini belum ada sebarang keputusan diputuskan kerana masih lagi mengadakan perundingan dengan rakan-rakan di dalam BN.

“Kita beri jaminan UMNO akan mendokong prinsip semangat setiakawan dalam BN dan kita akan terus berunding dan kunci paling penting adalah perundingan. Keputusan yang akan kita buat berhubung senarai calon sama ada daripada UMNO, MCA dan MIC adalah yang terbaik demi memastikan BN memenangi PRN negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Taklimat Khas Penerangan dan Isu-isu Politik Semasa Pada. Pada masa yang sama beliau turut melancarkan Akademi Kepimpinan UMNO Bahagian Jasin.di Kelab Golf Heritage dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hassan Rahman.

Ahmad Maslan seterusnya menambah segala keputusan yang diambil parti kelak adalah untuk kebaikan dan kepentingan bersama dan pucuk pimpinan akan mengadakan rundingan dengan kepemimpinan negeri sebelum berhubung status setiap DUN.

“Ingin saya tegaskan kita masih lagi berunding dengan komponen dalam BN, belum ada sebarang keputusan dibuat. Tunggulah keputusan yang akan kita ambil nanti, adalah yang terbaik dan memuaskan hati semua pihak dalam BN. Keputusan yang akan dibuat mengambil kira semangat setia kawan dalam BN sendiri,” ujarnya

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.