Dulu PH Janji Bulan Dan Bintang, Sekarang Mana Semua Janji Itu? – Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Sept – “Dulu janji langit dan bulan, sekarang saya nak tanya, mana semua janji itu?” soal Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad. Ujar beliau, setelah menjadi kerajaan, Pakatan Harapan (PH) seakan lupa pada semua janji yang telah ditaburkan. “Inilah yang membezakan Barisan Nasional (BN) dan PH. Semasa kita menjadi kerajaan, banyak yang kita tawarkan […]

» Read more

#HPU914: Rapatkan Saf Hadir Jayakan Himpunan Demi Agama, Bangsa, Negara

KUALA LUMPUR, 13 Sept – “Marilah seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan, keharmonian, kesetiaan agar bersama-sama rapatkan saf untuk menyaksikan peristiwa bersejarah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) demi masa hadapan ummah serta negara yang dicintai.” Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Latipah Omar berkata biarpun sebelum ini berbagai-bagai persepsi yang diberikan kepada UMNO dan PAS namun Himpunan Penyatuan Ummah cukup […]

» Read more

Laungan Takbir Semarakkan Semangat Himpunan Wanita Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Semangat perpaduan dan penyatuan ummah menyemarakkan Dewan Tun Hussein Onn yang menjadi lokasi berlangsungnya Himpunan Wanita Penyatuan Ummah, hari ini. Laungan takbir yang disambut oleh para peserta cukup untuk membangkitkan semangat perjuangan ke arah kerjasama yang lebih lancar dan teratur pada masa hadapan. Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Dewan Muslimat […]

» Read more

“Tarik Balik Bantuan Tapi Dia Nak Buat Kereta Terbang…”PH Tiada Visi Ekonomi Yang Jelas – Shahril

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Sehingga kini setelah lebih lima ratus hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, tiada kedengaran visi ekonomi yang jelas dibentangkan oleh mereka, tegas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Apa yang ada bidasnya, hanyalah mengeluarkan idea-idea yang mengarut tidak menguntungkan rakyat keseluruhannya seperti membuat kereta terbang, tambah ironi dalam masa yang sama PH menarik […]

» Read more

#HPU914: PWTC Mula Dibanjiri Peserta, Sokong Himpunan Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini yang menjadi lokasi Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) mula menjadi tumpuan khalayak yang menyokong penyatuan dan kerjasama antara dua parti terbesar Melayu Islam, UMNO dan PAS. Seawal 7.00 pagi para peserta himpunan terbabit telah berada di PWTC dan jumlahnya dijangka bertambah dari semasa ke semasa. #HPU914 yang bermula hari […]

» Read more

#HPU914: Ke Arah Malaysia Bermaruah

HARI ini menjadi detik yang berharga dan tercatat dalam lebaran sejarah negara sebagai titik tolak kepada pembinaan ke arah Malaysia yang lebih bermaruah. Himpunan penyatuan ummah inilah yang akan menjadi pemangkinnya. Pengerusi Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-‘Allamah Al-Syeikh Abdullah bin Bayyah menyatakan “Kesatuan adalah suatu pilihan. Ia perlu diraikan secara tadarruj (berperingkat) dengan melihat kepada konteks masa, tempat, […]

» Read more

Ahli UMNO Tidak, Ahli PAS Pun Bukan Tapi ‘Sibuk’ Soal Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR, 13 Sept –  Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melihat banyak pihak yang gundah-gulana malah tidak senang duduk dengan perkembangan melibatkan UMNO dan PAS menerusi penyatuan ummah. “Jadi ahli UMNO pun tidak dan ahli PAS pun tidak kenapa nak sibuk soal urusan kami. Urusan kami adalah soal politik hari ini, pemimpin hari ini. UMNO dan PAS hari […]

» Read more

‘Final Countdown’ #HPU Selangor: Selamat Datang Perdamaian

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencuri tumpuan pada ‘Final Countdown’ Himpunan Perpaduan Ummah peringkat negeri Selangor yang berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omar Din (KLMO) apabila melontarkan pantun yang cukup menarik menyindir Pakatan Harapan (PH). Pada masa yang sama beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian turut mengucapkan selamat tinggal kepada perpecahan dan […]

» Read more

#HPU914: Beri Kerjasama Dan Ikut Peraturan Pastikan Himpunan Lancar – Annuar

KUALA LUMPUR 12 Sept – Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Tan Sri Annuar Musa berharap orang ramai yang akan menghadiri Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) esok akan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan bagi melicinkan perjalanan program berkenaan. Menurut beliau langkah itu perlu bagi mengelakkan kesulitan dan sebarang masalah termasuk kesesakan lalu lintas dan sebagainya dalam usaha memastikan program berjalan dengan lancar. “Kita […]

» Read more

Ayuh Bersama, Penyatuan Ummah Bakal Merubah Landskap Politik Negara

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Tarikh 14 September bakal mencatat sejarah bukan sahaja untuk UMNO dan PAS tetapi dalam dunia politik negara apabila dua parti yang sebelum ini sering berbeza pendapat bakal menandatangani piagam kerjasama yang akan merubah landskap politik negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyatuan ummah antara UMNO dan PAS adalah untuk melihat Malaysia […]

» Read more
1 1,740 1,741 1,742 1,743 1,744 2,053