Dulu PH Janji Bulan Dan Bintang, Sekarang Mana Semua Janji Itu? – Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Sept – “Dulu janji langit dan bulan, sekarang saya nak tanya, mana semua janji itu?” soal Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Ujar beliau, setelah menjadi kerajaan, Pakatan Harapan (PH) seakan lupa pada semua janji yang telah ditaburkan.

“Inilah yang membezakan Barisan Nasional (BN) dan PH. Semasa kita menjadi kerajaan, banyak yang kita tawarkan tetapi semuanya berdasarkan realistik sedangkan PH janji bulan dan langit.

“Sebab itu pemimpin sekarang kita perlu jatuhkan. Rakyat sekarang semua merasa susah baik di bandar mahupun luar bandar,” ujar beliau ketika menjadi panel di program Tadabbur Surah As-Saf anjuran Wanita UMNO dan Muslimat PAS bersempena dengan Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914).

Noraini turut membidas sikap pemimpin PH yang terlalu mencabar Melayu dan Islam.

“Persoalannya sekarang dia nak cabar kita orang Islam… tolak kita hingga ke penjuru. Bila kita marah dia buat ‘u-turn’. Berapa kali nak buat ‘u-turn’?” tegas beliau.

Untuk rekod, #HPU914 bermula hari ini dan ia dimulai dengan program zikir munajat, solat dhuha dan solat hajat yang telah berlangsung pada pukul 8.00 pagi tadi.

Wanita UMNO dan Muslimat PAS berganding dalam setiap program yang telah diatur dan kerana itulah program Tadabbur As-Saf yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC padat sehinggakan orang ramai terpaksa duduk di atas lantai.

Bukan itu sahaja, di ruang legar aras dua PWTC juga, dipenuhi dengan Wanita UMNO dan Muslimat PAS yang menyaksikan program yang berlangsung melalui layar besar yang disediakan. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.