Laungan Takbir Semarakkan Semangat Himpunan Wanita Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Semangat perpaduan dan penyatuan ummah menyemarakkan Dewan Tun Hussein Onn yang menjadi lokasi berlangsungnya Himpunan Wanita Penyatuan Ummah, hari ini.

Laungan takbir yang disambut oleh para peserta cukup untuk membangkitkan semangat perjuangan ke arah kerjasama yang lebih lancar dan teratur pada masa hadapan.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh yang sebelumnya telah memberikan kupasan menarik menerusi Tadabbur Surah As-Saf yang dimoderatorkan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Dalam acara ini juga turut dilancarkan Tabung Infaq yang dilaksanakan dikalangan para peserta himpunan terbabit.

Himpunan Penyatuan Ummah UMNO-PAS yang julung kali diadakan berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan acara kemuncaknya berlangsung esok dengan pemetraian piagam yang akan ditandatangani oleh presiden kedua-dua parti. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.