Serahlah Mandat Kepada Rakyat… Kerajaan PH Hilang Wibawa, Tidak Diyakini

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kewibawaan dan tidak diyakini pelbagai pihak. Dalilnya, kata beliau, situasi ekonomi negara kurang memberangsangkan selain kebajikan dan isu rakyat kurang diberi perhatian. “Pengaliran keluar dana asing dari Bursa Malaysia mencecah sehingga USD 2 Bilion. Ringgit Malaysia diparas USD4.19 ketika ini. […]

» Read more

Masa UMNO/BN Rapatkan Saf, Jangan Terperangkap Umpan Lawan Kelemasan

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan sudah tiba masanya semua kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali merapatkan saf. “Usah terperangkap dan termakan umpan pihak lawan yang sedang kelemasan mencari nyawa dan berantakan sesama sendiri,” katanya. Jelas beliau dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebooknya, rakyat hakikatnya sedang menilai setiap […]

» Read more

UMNO/BN Fokus Bina Kekuatan, Kabinet Kerajaan PH Urusan Mereka – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Sama ada Perdana Menteri (PM) mahu membuat rombakan atau tidak barisan Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu terpulanglah kepada beliau kerana tiada keperluan untuk mencampuri urusan dan hak PM, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Katanya, biarpun pelbagai pihak mengkritik dan memberikan pandangan, pada beliau jika PM mahu terus mengekalkan menteri […]

» Read more

PH Terimalah Hakikat… Keputusan PRK Tanjung Piai Keputusan Rakyat

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai adalah berpunca daripada suara rakyat dan pengundi di kawasan terbabit yang mahu melihat kerajaan hari ini sedar dan tahu tanggungjawab mereka yang sebenarnya. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sekijang, Anuar Manap percaya itulah realitinya dan itulah hakikat yang sebenarnya bahawa rakyat telah melahirkan hasrat […]

» Read more

PH ‘Kerajaan Hiburan’… Politik Domestik Bergolak, Ekonomi Pun Gagal

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris secara sinis menggelarkan kerajaan hari ini sebagai ‘kerajaan hiburan’ setelah melihatkan kepada beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Dalam satu kenyataan di Facebook, jelas beliau bagaimanakah pelabur asing mahu melabur di negara ini jika politik domestik pun masih bergolak malah bukan perkara pelik agenda ekonomi […]

» Read more

Khairy Nafi Hantar Surat Untuk Usul Peralihan Kuasa PM

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menafikan telah menghantar apa-apa pemberitahuan atau surat ke pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bagi membawakan usul bagi membahaskan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri. Beliau membuat penafian tersebut menerusi media sosial miliknya berikutan tular surat berkaitan. “Hari ini telah tular gambar kononnya suatu surat pemberitahuan daripada saya kepada Setiausaha Dewan Rakyat bagi […]

» Read more

Kekurangan Kertas Soalan Calon SPM Tidak Boleh Berulang Lagi – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan agar memastikan masalah kekurangan kertas soalan yang dihadapi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berulang lagi pada masa akan datang. Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa calon SPM 2019 tidak dapat memulakan peperiksaan subjek Kimia Kertas 3 pada waktunya kerana kekurangan bilangan […]

» Read more

Negara Bakal Ke ‘Longkang’ Sekiranya PH Terus Memerintah – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sekiranya Pakatan Harapan (PH) masih tidak melaksanakan tanggungjawab, janji dan transisi Mahathir-Anwar tidak diselesaikan maka pelabur akan mula tarik ‘handbreak’ yang akhirnya bakal menyebabkan negara akan ke ‘longkang’. Justeru jelas beliau, negara kini memerlukan satu kerajaan yang menggantikan PH. “… dan pengganti ini iaitu […]

» Read more

Tanjung Piai: Kemenangan Yang Mengujakan Dan Menguji

ANGKA 15,086 telah membuka lembaran baharu politik tanah air. Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai Sabtu lalu dengan majoriti 15,086 undi sesuatu yang di luar jangkaan kebanyakan pihak terutamanya Pakatan Harapan (PH). Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran berliku dan halangan yang tidak berkesudahan, kegigihan dan kesepaduan jentera dan akar umbi antara faktor kemenangan bergaya Barisan […]

» Read more

Tender Terbuka Ikut Pintu Belakang RM1.4 Billion Kementerian Pertanian: Apa Sudah Jadi?

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini menimbulkan persoalan mengenai rundingan terus yang melibatkan Kementerian Pertanian yang membabitkan RM 1.4 bilion. Jelas beliau, sewajarnya harus dibuat tender terbuka dan bukannya melalui pintu belakang yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan Malaysia Baru. “Apa sudah jadi dengan Malaysia Baru, mereka melaungkan-laungkan tiada rundingan […]

» Read more
1 1,690 1,691 1,692 1,693 1,694 2,066