PH ‘Kerajaan Hiburan’… Politik Domestik Bergolak, Ekonomi Pun Gagal

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Najmil Faiz Mohamed Aris secara sinis menggelarkan kerajaan hari ini sebagai ‘kerajaan hiburan’ setelah melihatkan kepada beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Dalam satu kenyataan di Facebook, jelas beliau bagaimanakah pelabur asing mahu melabur di negara ini jika politik domestik pun masih bergolak malah bukan perkara pelik agenda ekonomi negara gagal di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Bloomberg melaporkan kira kira AS$2 bilion telah dikeluarkan oleh pelabur asing dari Bursa Malaysia tahun ini. Ini boleh dirujuk kepada link http://www.astroawani.com/…/pelabur-asing-masih-takut-denga…

“Manakala Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming pula cakap Malaysia kini menjadi tumpuan pelabur asing. Mana satu betul ni. Boleh dirujuk https://www.google.com.my/…/malaysia-kini-tumpuan-pelab…/amp

“’Menteri Kewayangan’ masih bermimpi yang ekonomi negara masih kukuh dan malah makin meningkat apabila kerajaan PH memerintah dengan peningkatan 10.3% pada suku kedua 2019. Boleh dirujuk https://www.google.com.my/…/s/www.nst.com.my/node/514521/amp,” katanya.

Kata beliau lagi begitu juga dengan beberapa kenyataan lain yang boleh dijadikan rujukan.

“Bank Negara mengumumkan tahun 2019, ekonomi Malaysia merundum sebanyak 0.5% daripada 4.9 peratus pada sukuan kedua kepada 4.4 peratus pada sukuan ketiga. Hal ini membuktikan pendapatan rakyat juga turut menurun berdasarkan KDNK dan inflasi meningkat sebanyak 1.5%. Boleh rujuk https://www.google.com.my/…/ekonomi-malaysia-perlu-rangsang….

“Saya tak pelik agenda ekonomi negara gagal dibawah PH. Kereta terbang ‘Pak Wan’ pun gagal untuk terbang. Apa yang pasti, bubar parlimen adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan ekonomi negara. Inilah kerajaan ‘Pakatan Hiburan’,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.