Tender Terbuka Ikut Pintu Belakang RM1.4 Billion Kementerian Pertanian: Apa Sudah Jadi?
KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini menimbulkan persoalan mengenai rundingan terus yang melibatkan Kementerian Pertanian yang membabitkan RM 1.4 bilion.
Jelas beliau, sewajarnya harus dibuat tender terbuka dan bukannya melalui pintu belakang yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan Malaysia Baru.
“Apa sudah jadi dengan Malaysia Baru, mereka melaungkan-laungkan tiada rundingan terus dan buat tender terbuka tetapi mereka buat tender terbuka dan masuk pintu belakang. Dia sudah buat tender terbuka dan tiba-tiba tak dapat kontrak terus dibuat rundingan. Apa sudah jadi?
“Kalau dia nak cabar kita, orang ramai lagi akan bongkar. Jangan ingat orang tak tahu. Orang masuk tender susah payah … dia sudah menang, apa perasaannya semata-mata rundingan dan terus kawan-kawan atau lantikan politik,” katanya kepada di lobi parlimen.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mempertikai perlantikan orang-orang politik di dalam agensi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
“NAFAS betul-betul digunakan oleh lantikan politik. Menteri menggunakan NAFAS ini sebagai politik dan terus melantik pegawai perladangan peladang dan tidak mengikuti prosedur.
“Saya cadangkan Menteri Pertanian tidak perlu ditukar…biarlah ia kekal jadi mudah untuk menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.”
Dalam pada itu Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim merasa terkejut dengan tindakan Salahuddin yang dulunya selalu menentang apa yang kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan .
“Rasa terkejut apa yang dikeluarkan oleh Menteri Pertanian yang dahulunya menentang habis-habisan. Tiba-tiba apabila mereka dapat kuasa …mereka lebih teruk lagi. Tuduhan itu kembali kepada mereka yang menuduh. Kata dulang paku serpih kata orang dia yang lebih…
“Ini adalah satu kesedihan rakyat Malaysia, penglibatan wang yang cukup besar dan telah di eksplotasi oleh Menteri Pertanian yang dulunya dianggap sangat baik. Menangis air mata buaya ini tidak akan berlaku kerana ia menipu rakyat dan bukannya hendak berjuang membela rakyat.” Katanya.
Tambah beliau sepatutnya ahli-ahli lantikan NAFAS dilantik orang yang berpengalaman dan berpengetahuan yang tinggi untuk membantu kerajaan baru tetapi tidak …dan dilihat ahli-ahli lembaga pengarah kebanyakkannya dari lantikan politik.- UMNO ONLINE