Pemilihan UMNO Semua Peringkat Ditangguhkan 18 Bulan Selaras Dengan Perlembagaan Parti – SUA

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah bersetuju agar pemilihan jawatan di semua peringkat Cawangan, Bahagian dan MKT ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan media memaklumkan keputusan tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 10.16 iaitu “Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat […]

» Read more

Agong Titah Lagi Parlimen Bersidang… Jangan Timbul Krisis Perlembagaan Kelak – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, buat kesekian kalinya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dan perlu bersidang secepat mungkin. Beliau berkata demikian berikutan kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin memaklumkan titah oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan […]

» Read more

Ahmad Zahid Lahirkan Kebimbangan Situasi Semasa Rakyat, Sama-Samalah Bantu Mereka Yang Memerlukan

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan kebimbangan dengan insiden bunuh diri yang semakin kerap dilaporkan selain beberapa masalah lain yang menimpa rakyat ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara. Sehubungan itu beliau mengajak semua pihak termasuklah seluruh pimpinan dan ahli UMNO akar umbi agar terus berusaha membantu mereka yang memerlukan. “Kita tahu dalam […]

» Read more

PEMERKASA Ke PEMULIH : Rakyat Tuntut Moratorium Tanpa Caj Atau Faedah Tambahan

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pemuda UMNO berharap menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), rakyat tidak dibebani dengan faedah atau caj tambahan atas Moratorium yang ditawarkan sebagaimana pakej PEMERKASA waktu PKP 2.0 yang lalu. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata dalam Pakej PEMERKASA lalu, ternyata ‘indah khabar dari rupa’ apabila rata-rata aduan dan maklum balas yang diterima […]

» Read more

PEMULIH : ‘KWSP’ Sewajarnya Bermula Julai, Moratorium Pula Tanpa Fedah Dan Yang Penting Pelaksanaan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata apa yang penting menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) adalah pelaksanaan. Menerusi catatan di Facebook, beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO seterusnya berpandangan, dengan mengambil contoh KWSP ianya wajar bermula Julai dan begitu juga moratorium yang sewajarnya tanpa faedah. “Saya telah beri cadangan-cadangan sebelum PEMULIH […]

» Read more

Kerajaan Masih Berat Hati Benarkan Bersidang… Parlimen Akan Terbubar Automatik? – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata wujud persoalan mungkinkah Parlimen akan terbubar secara automatik berdasarkan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan. Ia kerana katanya timbul pandangan Parlimen perlu bersidang semula dalam tempoh enam bulan selepas persidangan terakhir atau lebih tepat perlu bersidang selewat-lewatnya pada 29 Jun 2021 dan jika gagal berbuat demikian Parlimen dikatakan […]

» Read more

PEMULIH Memang Dinantikan Tapi Ada Kekurangan Yang Perlu Ditambah Baik – Najib

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, pakej bantuan terbaru digelar ‘PEMULIH’ memang dinantikan ramai yang telah berkurung 1 bulan 17 hari sejak PKP 3.0 bermula. Namun katanya, masih ada beberapa kekurangan yang perlu ditambah baik dan sekali lagi, beliau menyarankan kerajaan untuk arah bank henti mengugut peminjam dengan panggilan tiap-tiap hari […]

» Read more

PKP 3.0 Diteruskan Tapi Parameternya Tetap Sama… Adakah Akan Berjaya? – Zahida

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan langkah kerajaan dalam pelaksanaan PKP 3.0 yang diteruskan sehingga pertengahan Julai ini sedangkan parameternya tetap sama. Soalnya adakah langkah ini akan berjaya? “Sektor perkilangan yang hampir 100,000 terus dibuka dan kita mengharap jangkitan Covid 19 ini akan menurun. “Adakah langkah ini akan berjaya? Harap kita tak […]

» Read more

Segerakan, Permudahkan Pelaksanaan PEMULIH: Pemuda UMNO Terus Pantau Untuk Rakyat!

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah meneliti pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM150 billion oleh Perdana Menteri. Jelas ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, umumnya, Pemuda UMNO menyambut baik kesediaan Kerajaan memenuhi lima tuntutan utama rakyat yang sedang bertarung bagi memenuhi kelangsungan hidup dalam tempoh berkurung sepanjang 48 hari di bawah […]

» Read more

Rakyat Semakin Sengsara… Bila Hendak Lanjutkan Skim i-Sinar, i-Lestari – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan kini adalah masa yang tepat untuk membenarkan rakyat mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka sendiri. Katanya, ia dimaklumkan iaitu selepas hampir 50 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 10 Mei lalu dan […]

» Read more
1 1,685 1,686 1,687 1,688 1,689 2,428