Rakyat Semakin Sengsara… Bila Hendak Lanjutkan Skim i-Sinar, i-Lestari – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan kini adalah masa yang tepat untuk membenarkan rakyat mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka sendiri.

Katanya, ia dimaklumkan iaitu selepas hampir 50 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 10 Mei lalu dan ‘total lockdown’ suam-suam kuku bermula 1 Jun lalu.

“Iaitu selepas ramai hilang pekerjaan, pendapatan, bayaran bank sewa rumah kereta atau motosikal tertunggak.

“Selepas ramai M40 kini berstatus B40 dan ramai tidak dapat berjumpa ibu bapa serta ramai mengalami tekanan hidup.

“Saya tidak pasti sama ada selepas tujuh minggu baru boleh dianggap sebagai masa yang tepat untuk melanjutkan skim i-Sinar dan I-Lestari,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Persoalannya, mungkinkah masa yang lebih tepat sepatutnya sebelum atau selepas beberapa hari PKP dilaksanakan?

“Saya fikir rakyat ada jawapannya. Maka kerajaan PN dikatakan tidak pernah putus-putus berusaha membantu rakyat sekadar bikin rakyat bertambah keliru.

“Sedangkan mereka sudah terlalu lama merayu meminta dan kini sahaja baru ia bakal diumumkan,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.