Agong Titah Lagi Parlimen Bersidang… Jangan Timbul Krisis Perlembagaan Kelak – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, buat kesekian kalinya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat dan perlu bersidang secepat mungkin.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin memaklumkan titah oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah untuk sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Tegas Shahril, jika timbul krisis Perlembagaan kelak, ia berpunca dari kedegilan suatu pihak yang masih enggan mencari penyelesaian yang mampu mengelak dari krisis itu sendiri.

Terdahulu, Agong berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan, SOP COVID-19 bagi membolehkan Proklamasi Darurat dibentangkan.

Baginda juga berpandangan semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi
mesyuarat untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti, dan bertanggungjawab. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.