PKP 3.0 Diteruskan Tapi Parameternya Tetap Sama… Adakah Akan Berjaya? – Zahida

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan langkah kerajaan dalam pelaksanaan PKP 3.0 yang diteruskan sehingga pertengahan Julai ini sedangkan parameternya tetap sama.

Soalnya adakah langkah ini akan berjaya?

“Sektor perkilangan yang hampir 100,000 terus dibuka dan kita mengharap jangkitan Covid 19 ini akan menurun.

“Adakah langkah ini akan berjaya? Harap kita tak terus berdepan dengan angka jangkitan paras 5,000 untuk masa yang lama dan kita akan terus berada difasa 1 pelan pemulihan negara walaupun kita sepatutnya akan maju ke fasa 2.

“Kita dipaksa duduk dirumah sedangkan kilang-kilang diberi perlepasan untuk terus beroperasi sedangkan peningkatan jangkitan Covid 19 ini adalah dari kluster-kluster kilang yang kerajaan sendiri melaporkan,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal terbabit menerusi laman facebooknya.

Bidasnya, dengan ketiadaan langkah-langkah baru, sukar mengharapkan keadaan cepat membaik dan rakyat akan terus di ‘prorog’ (sempena bahasa parlimen yang digunakan secara meluas sekarang ini), dirumah.

Sebelum itu beliau menyertakan ungkapan Albert Einstein berbunyi: ‘continue to do same things over and over and expecting different results is a wisdom of fools.’

“Itu bukan saya yang tuduh tetapi saya diberitahu ini ungkapan Albert Einstein… bila menyatakan apa itu kegilaan (insanity).

“Ungkapan ini bertepatan sekali bila PKP 3.0 terus di lanjutkan buat kali ketiga sehingga pertengahan Julai ini sedangkan parameternya tetap sama,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.