PEMERKASA Ke PEMULIH : Rakyat Tuntut Moratorium Tanpa Caj Atau Faedah Tambahan

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pemuda UMNO berharap menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), rakyat tidak dibebani dengan faedah atau caj tambahan atas Moratorium yang ditawarkan sebagaimana pakej PEMERKASA waktu PKP 2.0 yang lalu.

Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata dalam Pakej PEMERKASA lalu, ternyata ‘indah khabar dari rupa’ apabila rata-rata aduan dan maklum balas yang diterima daripada rakyat yang berurusan dengan pelbagai bank berhadapan dengan caj dan faedah tambahan yang amat membebankan.

“Terlebih dahulu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana mengambil kira pandangan dan tuntutan rakyat agar Moratorium diperluaskan kepada semua kelompok termasuk B40, M40 dan Pengusaha Kecil dan Sederhana, melalui pakej Bantuan PEMULIH yang diumumkan kelmarin.

“Cuma Pemuda UMNO amat berharap untuk pakej PEMULIH kali ini, rakyat tidak dibebani dengan faedah atau caj tambahan atas Moratorium yang ditawarkan sebagaimana pakej PEMERKASA waktu PKP 2.0 yang lalu” katanya menerusi catatan di Facebook.

Menerusi Facebooknya juga, Asyraf turut mengalu-alukan mengalu-alukan sebarang maklum-balas daripada orang ramai untuk diketengahkan kepada Kerajaan khususnya dalam isu Moratorium yang dikenakan caj atau faedah tambahan.

Asyraf seterusnya memberikan contoh bagaimana Untuk pinjaman kenderaan (sewa beli) versi PEMERKASA (PKP 2.0).

“Contohnya di Maybank. Bagi setiap Moratorium (tangguhan ansuran) untuk 3 bulan, akan dikenakan lanjutan pinjaman selama 1 tahun. Manakala Moratorium 6 bulan pula dikenalan lanjutan pinjaman 2 tahun.

“Ini bermakna peminjam terpaksa membayar balik pinjaman dengan kadar lebih tinggi jika memilih untuk mengambil Moratorium kerana bank mengenakan caj/faedah tambahan (compounded interest). Maknanya bank tidak akan rugi apa-apa malah mengaut lebih banyak keuntungan. Ini dinamakan mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat.

“Harapnya pakej PEMULIH (PKP 3.0) yang diumumkan kelmarin tidak mengulangi pakej PEMERKASA (PKP 2.0). Pemuda UMNO mendesak agar Menteri Kewangan khususnya dapat memastikan agar bank-bank mengecualikan faedah bagi tempoh 6 bulan moratorium ini,” ujarnya. – UMNO Online

Sumber link maybank

Faq Pemerkasa Plus Bm Ind

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.