Penangguhan Pemilihan UMNO : Penjelasan SUA Jelas, Tidak Timbul Pertikaian

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan memuatnaik kronologi isu penangguhan pemilihan parti yang diperjelaskan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini. Dipendekkan cerita tambahnya, jika MKT buat keputusan untuk menangguh pemilihan pada 7 Julai, ya, mungkin ROS ada sebab hendak menimbulkan isu. “Tetapi semak penjelasan SUA di bawah…adakah bunyinya keputusan MKT untuk menangguh […]

» Read more

Tahniah Azizul…Kejayaan Bawa Kesejukan Dan Bahagia Seluruh Rakyat – Mohamad

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada Datuk  Mohd Azizulhasni Awang yang memperolehi pingat perak hari ini. “Pingat perak anda adalah emas kepada kami. Kejayaan anda membawa kesejukan dan rasa bahagia kepada seluruh rakyat Malaysia. Sudah lama kami tidak menikmati cerita gembira seperti ini,” katanya menerusi catatan di Facebook. Kata Mohamad lagi, […]

» Read more

Rosni Sohar Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Rosni Sohar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkuat kuasa semalam. Rosni yang juga Setiausaha Wanita UMNO dalam kenyataan berkata keputusan itu selaras dengan peletakan jawatan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi […]

» Read more

Perjuangan Politik Sebenar Adalah Demi Rakyat Dan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyorot kembali penjelasan lengkap oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung penangguhan pemilihan parti. Menurut beliau perkara tersebut telah diperjelaskan dengan lengkap bermula daripada perbincangan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sehingga kepada respons oleh KKM, ROS dan MKN berhubung penangguhannya. “Setiausaha Agung […]

» Read more

Permudahkanlah Urusan Untuk Bantu Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan jika ikhlas mahu membantu rakyat, permudahkanlah dan usah persulitkan. Baginya rakyat makin terdesak dan tertekan saban hari kerana simpanan sudah hampir licin, komitmen bulanan sudah mula tertunggak. “Harapkan wang caruman KWSP sendiri melalui i-Citra RM10,000 secara one-off pun langsung tidak dilayani Kerajaan. Moratorium tetap dikenakan faedah […]

» Read more

Sekiranya Benar-Benar Ada Sokongan Majoriti, Sesiapa Akan Buat Undian Serta-Merta Untuk Selesaikan Segala Keraguan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najub Razak percaya sekiranya benar-benar ada sokongan majoriti, sesiapa akan buat undian serta-merta untuk menyelesaikan segala keraguan berhubung keabsahannya dan bukan menunggu hingga tempoh sebulan. Kenyataan menerusi Facebook beliau turut melontarkan jumlah  sokongan yang diterima oleh Perdana Menteri dan percaya menggantikan Perdana Menteri tidak bermaksud seluruh kerajaan akan henti berfungsi. […]

» Read more

Isu Pihak ROS Tidak Berbangkit, Wujud ‘Legitimate Expectation’ ROS Perakukan Penangguhan Pemilihan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – UMNO menegaskan bahawa berdasarkan rentetan kronologi surat menyurat di antara pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan UMNO, maka, telah wujud satu harapan yang sah (legitimate expectation) oleh pihak UMNO ke atas pihak ROS untuk memperakukan penangguhan pemilihan parti. Demikian kata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media yang berlangsung secara maya […]

» Read more

Peletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS). Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti […]

» Read more

Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka Untuk Takutkan Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kononnya pentadbiran negara akan lumpuh jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi berkuasa. Katanya, ianya adalah tidak benar sama sekali kerana sentimen ini yang sedang cuba direka oleh pasukan propaganda untuk menakut-nakutkan rakyat. “Dakyah ini direka oleh kumpulan yang sedang terdesak bagi mengekalkan kuasa, jawatan dan […]

» Read more

PM Mengelirukan Dan Berniat Menipu Agong – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin yang didakwa telah mengelirukan dan berniat menipu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor laporan polis tersebut dibuat setelah melihat secara langsung sidang media Naib […]

» Read more
1 1,653 1,654 1,655 1,656 1,657 2,429