Akta Pembiayaan Dana Politik Penting Dibentang Di Parlimen, Elak Jadi Mangsa Pendakwaan – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa akta berkaitan dana politik penting untuk dibentangkan di Parlimen agar tiada lagi pemberi dan penerima menjadi mangsa sita, kompaun atau pendakwaan. Katanya, Barisan Nasional (BN) telah bersetuju melaksanakan pembentangan berkaitan akta ini sejak tahun 2016 lagi. “BN setuju bentang tahun 2016 lagi tapi pembangkang tidak setuju, […]

» Read more

UMNO Sabah Sedia Sahut Cabaran Untuk Bertanding Dalam PRU Akan Datang: Bung Moktar

KOTA KINABALU, 3 Okt – UMNO Sabah menyambut baik kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu sedia berhadapan dengan UMNO disemua kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia merupakan keputusan parti iaitu UMNO akan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi parti itu […]

» Read more

Ziarah Kasih Tanda Cakna, Interaksi Secara Terus Dengan Rakyat – Ahmad Jazlan

MACHANG, 3 Okt – Program ziarah kasih menjadi satu tanggungjawab dan amat bermakna bagi Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Jelas beliau, tujuan ziarah kasih diadakan adalah untuk menyantuni golongan miskin, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, orang sakit dan sebagainya dalam usaha mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. “Dalam program ziarah kasih ini sekurang-kurangnya rakyat […]

» Read more

UMNO Alu-alukan ‘Sireh Pulang Ke Gagang’… Selagi Kembali Dengan Keikhlasan – Presiden

KUALA LUMPUR, 3 Okt – UMNO mengalu-alukan ‘sireh pulang ke gagang’ kepada mereka yang akhirnya menyedari UMNO jua parti yang benar, tulus serta jujur dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa hari lalu bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Putrajaya bersama lebih 120 ahli parti serpihan itu kembali menyertai UMNO. […]

» Read more

Wanita UMNO Kluang Terus Melangkah, Lupakan Kisah Silam – Sharifah Azizah

KLUANG, 3 Okt – Wanita UMNO Kluang bertekad untuk menebus kembali dengan melupakan kisah-kisah silam dalam usaha membantu parti mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ketuanya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata biarpun usaha sedikit terbatas ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara, namun ianya lebih mendekatkan lagi hubungan antara satu sama lain khususnya dalam usaha membantu rakyat […]

» Read more

Bekas Pemain Skateboard Negara Sertai UMNO, Yakin Agenda Parti Bawa Perjuangan Rakyat Dan Kestabilan

PETALING JAYA, 3 Okt – Bekas pemain sukan skateboard negara Mohd Zamri Mohd Ramli menyertai UMNO selepas menyedari bahawa parti ini yang membawa kestabilan kepada negara dan perjuangan rakyat. Menurut beliau, perubahan kerajaan semenjak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) juga membuka mata beliau untuk bersama menyertai parti keramat ini. “Saya selama ini adalah penyokong UMNO meskipun tidak pernah menyertainya namun […]

» Read more

Wajar Ada Ketetapan Berhubung Tanggungjawab Majikan Terhadap Kematian Pekerja Akibat COVID-19 Semasa Bertugas

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan perasaan sedih apabila membaca tentang dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor meninggal dunia akibat positif COVID-19 dalam tahun ini. Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu hantaran di Facebook, kedua-dua anggota berusia 55 tahun itu dijangkiti COVID-19 ketika melakukan tugasan operasi di mana maut […]

» Read more

Belanjawan 2022 Beri Fokus Kepada Rakyat Yang Masih Terkesan Akibat COVID-19 – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Belanjawan 2022 akan memberikan fokus kepada rakyat berikutan masih ramai yang terkesan akibat daripada pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata walaupun banyak sektor ekonomi sudah dibuka tetapi ada rakyat yang semakin susah berikutan kesan berpanjangan daripada pandemik tersebut serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan pergerakan penuh. “Minggu […]

» Read more

Agihan Kerusi: Itu Adalah Hak Dan Hal Dalaman PN… Tidak Membabitkan BN – Shahril

Kluang, 2 Okt – Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berpandangan soal pengagihan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sepertimana yang diperkatakan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin adalah hak dan hal dalaman Perikatan Nasional (PN). Jelas beliau tanpa terlalu egois, sebenarnya Barisan Nasional (BN) pun tidak pernah memohon untuk menjadi sebahagian perundingan bersama PN […]

» Read more

Pemuda UMNO Sabah Serah Bantahan Tulis, Desak Kerajaan Bertindak Tegas Terhadap Kebiadapan China

Kuala Lumpur, 2 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Sabah menggesa kerajaan agar bersikap lebih tegas terhadap China terutama dalam isu perairan dan sempadan kerana yang melibatkan kedaulatan sesebuah negara. Ketuanya Abdul Aziz Julkarnain berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan China yang disifatkan sebagai biadap kerana tidak menghormati perjanjian antarabangsa termasuk keputusan oleh Mahkamah Timbangtara Antarabangsa The Hague, Belanda yang mengenepikan tuntutan […]

» Read more
1 1,616 1,617 1,618 1,619 1,620 2,430