Sekarang Masa Terbaik Nilai Siapa Orang UMNO Yang Sanggup Susah Senang Bersama – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekarang ini adalah masa terbaik untuk menilai siapa sebenarnya orang UMNO yang benar-benar akan bersama dalam keadaan susah dan senang dan bukannya sekadar pelengkap menjadi ahli UMNO. Jelas beliau, ini penting kerana dalam usaha untuk membangunkan semula UMNO selepas tewas dalam […]

» Read more

Jangan Perlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu

KUALA LUMPUR, 6 Jun – UMNO menolak sebarang percubaan jahat untuk menghina dan memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu. Begitu juga, UMNO memberi peringatan kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar jangan cuba-cuba mengheret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati dan mendaulatkan Raja-raja yang menjadi lambang Demokrasi Raja Berperlembagaan di negara ini. “UMNO melihat dan amat bimbang dengan penularan budaya kebiadapan terhadap Raja-Raja […]

» Read more

Saya Akan Umum Dalam Masa Terdekat Mahu Bertanding Atau Tidak – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, beliau masih memikirkan sama ada mahu bertanding atau tidak dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini. Jelasnya, walau apa pun keputusan yang bakal diambil, beliau tidak akan lari dari apa yang telah diamanahkan untuk membantu parti keramat […]

» Read more

Najib Alu-Alukan Sebarang Siasatan Namun Ingatkan Guan Eng Hati-hati Buat Tuduhan Bermotif Politik

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan sebarang siasatan terhadap projek saluran paip gas bersama syarikat milik negara China yang didakwa terdapat unsur penyelewengan di dalam projek tersebut oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini. Menurut Najib, siasatan secara terbuka dan telus ini akan membuktikan dakwaan Menteri Kewangan itu sama ada benar […]

» Read more

Kerajaan Perlu Pastikan Keadilan Ditegakkan Dan ‘Rule of Law’ Dipertahan

KUALA LUMPUR, 5 Jun – UMNO menyokong sebarang usaha kerajaan menyiasat dan mengambil tindakan segera atas apa jua kesalahan, jika ada, tanpa memilih bulu kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Katanya, kerajaan hendaklah memastikan keadilan ditegakkan dan ‘rule of law’ dipertahankan. “Kerajaan juga diharap tidak membiarkan sebarang bentuk maklumat palsu, spekulatif, prejudis atau separuh benar bertebaran dalam masyarakat,” […]

» Read more

Guan Eng Perlu Berhenti Beri Kenyataan Yang Memalukan Diri Sendiri – ABATA

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Presiden Aktivis Belia Tanah Air (ABATA), Azrinizam Ibrahim berkata, Menteri Kewangan Lim Guan Eng perlu berhenti memberi kenyataan yang jelas memalukan diri sendiri kerana selaku kerajaan terkini, beliau perlu belajar memberi kenyataan dalam bentuk fakta dan bukannya auta. Jelas beliau, Guan Eng tidak sepatutnya terburu-buru dalam membuat kesimpulan kerana rakyat Malaysia kini sudah ramai yang […]

» Read more

Junjung Kasih YDP Agong, Bijaksana Dan Tegas Berdasarkan Undang-undang, Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjunjung kasih dan bersyukur di atas ketegasan dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong melaksanakan amanah berdasarkan perlembagaan dan kebertanggungjawaban memelihara hak orang Melayu dan melindungi agama Islam. Tegasnya, sebelum ini beliau turut merasa dukacita dan bimbang terhadap beberapa laporan termasuk penulisan pihak tertentu baik di […]

» Read more

Shahrizat Umum Tidak Bertanding Jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia

  KUALA LUMPUR, 5 Jun – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan tidak akan menawarkan diri sebagai ketua pergerakan tersebut untuk pemilihan parti yang akan datang. Jelas beliau, keputusan itu diambil kerana dirinya memandang serius suara lantang daripada rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam UMNO.  “Masanya sudah tiba untuk Wanita UMNO […]

» Read more

Kerajaan PH Diminta Hentikan Politik Balas Dendam, Layan Secara Adil Kepada Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta untuk menghentikan amalan politik balas dendam bagi memastikan negara ini kekal bersatu, terus maju dan demokratik. Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO turut mendesak agar kerajaan PH menghormati hak-hak dan melayani perkhidmatan awam secara adil. “Semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN), kita tahu ramai penjawat awam yang menjadi penyokong pembangkang. Mereka […]

» Read more

Ahli Parti Mainkan Peranan Perkukuhkan Kembali UMNO

KUALA LUMPUR,  5 Jun – Ketua UMNO Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman yakin dan percaya ahli parti di akar umbi dan pelbagai peringkat lain memainkan peranan penting dalam menjadikan UMNO tidak terus dibuai mimpi kekalahan pada Pilihan raya Umum (PRU-14) yang lalu. Katanya soal kalah dan menang adalah adat bertanding namun apa yang penting pada hari ini adalah UMNO terus […]

» Read more
1 1,594 1,595 1,596 1,597 1,598 1,608