Waspada Dengan Maklumat Tidak Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menasihati rakyat terutama ahli UMNO agar berwaspada dengan maklumat tidak bertanggungjawab.

“Pelbagai perkara telah, sedang dan akan dilakukan oleh pihak tertentu terutama bagi menimbulkan keraguan atau kemarahan ahli dan penyokong kepada UMNO BN.

“Berhati hati dengan maklumat meragukan yang diterima terutama melalui sosial media. Mohon dirujuk kepada laman rasmi Barisan Nasional atau UMNO jika terdapat sebarang kemusykilan,” ujar Ahli Parlimen Lenggong itu dalam satu kenyataan di Facebook.

Semalam, tular satu kenyataan media palsu Pejabat Setiausaha Agung PKR berkenaan perjumpaan, rundingan dan ketetapan dari wakil parti tersebut dan wakil UMNO.

Begitu juga dengan Pasukan Respon Pantas BN Command Center yang turut menasihati ahli parti dan masyarakat umum agar tidak terpengaruh dengan provokasi berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti UMNO sebagai satu komponen BN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin hampir. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.