BN Pendang Tekad Tingkatkan Majoriti Di Sungai Tiang, Sasar Parlimen Dan DUN Tokai

KUALA LUMPUR, 29 Julai – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pendang bertekad bukan sahaja untuk meningkatkan lagi majoriti kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang malah akan bekerja keras lagi untuk Parlimen Pendang dan juga DUN Tokai. Bercakap kepada UMNO-Online, Ketua UMNO Bahagian Pendang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaakob berkata dalam apa […]

» Read more

UMNO/BN Kekal Utuh Bawa Perjuangan Demi Rakyat – Azlan

KANGAR, 29 – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Seri Azlan Man berpandangan parti ini sentiasa utuh dengan kesepakatan yang terjalin dalam kalangan ahli bagi membawa perjuangan agama, bangsa dan negara. Beliau malah meningatkan bahawa keutuhan ini perlu sentiasa dijaga bagi mengelakkan anasir-anasir luar mengambil kesempatan atau mempengaruhi ke atas kesatuan yang dicapai sejak sekian lama. “Saya yakin bahawa […]

» Read more

Kewujudan UMNO/BN Dalam Apa Jua Keadaan, Sentiasa Khidmat Untuk Rakyat – Mohd Zaidi

PERMATANG PAUH, 29 Julai – Biarpun pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, Barisan Nasional (BN) tidak diberikan peluang untuk berkhidmat secara rasmi, namun berpegang kepada cogan kata parti yang sentiasa berkhidmat kepada rakyat, maka pelbagai usaha pembelaan kepada masyarakat tetap diteruskan. Selari dengan itu, program bertemu masyarakat dan penduduk di sekitar Permatang Pauh tetap menjadi rutin bagi Ketua UMNO […]

» Read more

Kesetiaan Beri Makna Mendalam, Perjuangan UMNO Demi Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah menyifatkan erti kesetiaan memberikan makna yang mendalam bagi membawa perjuangan parti. Bagaimanapun menurut beliau, kesetiaan itu teruji apabila pelbagai onak dan duri dihadapi UMNO yang telah menyaksikan segelintir pihak mula mencari ‘kapal’ baharu apabila Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). […]

» Read more

Awasi Lambakan Isu Dan Fitnah, Kaji Dan Selidik Sebelum Buat Keputusan – Rozi

HULU TERENGGANU, 25 Julai – Rakyat disarankan agar berwaspada dengan lambakan isu yang dimanipulasi serta fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak yang mahu menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Bahkan kata Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu Datuk Rozi Mamat, akan timbul lagi pelbagai isu yang pelik dan tambah menghairankan semuanya seolah-olah mahu mengaitkan dengan bekas Presiden dan Perdana Menteri Datuk Seri […]

» Read more

Rozi Optimis Rakyat Pilih BN, Dapat Beza Kerajaan Mana Lebih Baik

KUALA BERANG, 22 Julai – Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu Datuk Rozi Mamat optimis dengan penerimaan rakyat yang dilihat sangat positif kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN). Katanya, ini berdasarkan pengalamannya yang kerap bertemu dengan rakyat dan meluahkan kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan negeri Terenggau sekarang serta rata-rata mereka hanya menanti tibanya pilihan raya umum (PRU) akan datang. “Sudah tentu orang […]

» Read more

PRU15: Depani Pihak Lawan… Tolak Manipulasi Fitnah, Kembalikan BN Demi Kestabilan

KOTA KINABALU, 21 Julai – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi mengajak orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dan anggota jentera parti untuk memainkan peranan penting dalam mendepani pihak lawan yang kembali menggunakan manipulasi dan fitnah dalam berpolitik. Tegasnya, sekiranya tidak ditangkis maka ia akan berlarutan sedangkan mereka ini bersama Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 […]

» Read more

Siap Sedia Depani PRU15, UMNO Putatan Yakin Kembalikan Kerusi Untuk BN

KOTA KINABALU, 18 Julai – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed yakin bahawa Parlimen P173 yang jatuh ke tangan lawan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bakal ditawan kembali pada PRU akan datang. Jelasnya, sebagai pemimpin, UMNO Putatan menerima sesiapa sahaja untuk memasuki parti kerana percaya ia akan dapat membantu BN berjaya dalam PRU-15. “Sebab itu saya tekankan termasuk […]

» Read more

Apa Hal Dia Nak Masuk Campur Hal Dalaman UMNO, PPBM Terengganu Dibidas

HULU TERENGGANU, 18 Julai – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Rozi Mamat membidas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM/Bersatu) negeri Datuk Razali Idris yang tidak berhak mencampuri hal ehwal dalaman dan permintaan ahli UMNO. Tegas Rozi yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, seharusnya Razali lebih baik menumpukan kepada urusan partinya. “Tak patut dia nak masuk campur, apa […]

» Read more

UMNO Tidak Pernah Mati, Tetap Platform Perjuangan … Saban Hari Ahli Bertambah

KOTA KINABALU, 16 Julai – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dianggap sebagai tsunami politik apabila kerajaan beralih dengan Barisan Nasional (BN) gagal mendapat sokongan majoriti rakyat termasuklah UMNO yang dianggap ‘mati’ lantaran ramai ahlinya dan wakil rakyatnya yang melompat parti. Namun demikian, hari ini keadaannya berbeza apabila UMNO terus mendapat tempat malah saban hari pasti ada sahaja bekas ahli yang […]

» Read more
1 25 26 27 28