PRU15: Ahmad Zahid Yakin BN Menang, Mampu Bentuk Kerajaan

BAGAN DATUK, 19 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa BN mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus membentuk kerajaan Persekutuan.

Katanya, BN dapat memperoleh kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, berdasarkan laporan yang diterima pihaknya menerusi kiraan yang dilakukan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh negara.

“Setelah ditolak jangkaan pengundi tidak hadir sebanyak 20 peratus, insya-Allah BN masih mendahului gabungan parti-parti yang lain.

“BN mengharapkan dan berdoa mudah-mudahan kita akan dapat jumlah kerusi yang mencukupi bagi BN membentuk kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian kepada media selepas melakukan pengundian di Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk, Perak hari ini.

BN menawarkan manifesto Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) bertemakan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’dengan misi mengembalikan tampuk kepimpinan sebagai kerajaan Persekutuan bagi menyambung kembali hasrat membangunkan negara.

PRU15 melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak (59), Pahang (42) dan Perlis (15) manakala Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya diadakan serentak dengan PRU15 selepas tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.