Kesetiaan Beri Makna Mendalam, Perjuangan UMNO Demi Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah menyifatkan erti kesetiaan memberikan makna yang mendalam bagi membawa perjuangan parti.

Bagaimanapun menurut beliau, kesetiaan itu teruji apabila pelbagai onak dan duri dihadapi UMNO yang telah menyaksikan segelintir pihak mula mencari ‘kapal’ baharu apabila Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Bila kita ada kuasa banyak yang datang… kena tengok masa parti ini jatuh ke bawah sekali sebab hilang kerajaan ketika itu siapa yang ada?

“Sekarang sudah jadi meriah seperti dahulu balik sebab mereka sudah nampak momentum rakyat yang sudah beralih kepada BN.

“Rakyat sudah nampak ke arah UMNO/Barisan Nasional (BN) jadi macam-macamlah orang datang dengan penyatuan terima kasih kita perlukan itu namun pada sama yang sama kita perlu cari orang setia kepada parti,” katanya ketika ditemui secara eksklusif bersama UMNO Online.

Shah Headan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Bahang berkata UMNO masih relevan disebabkan mempunyai ahli-ahli yang mempertahankan parti ini terutama ketika berhadapan dengan cabaran ketika negara ditadbir Pakatan Harapan.

Jelasnya lagi, beliau percaya bahawa UMNO telah didukung oleh ahli parti yang setia meskipun pelbagai pihak ingin menyaksikan parti ini jatuh pada ketika itu.

“Saya punya falsafah mudah sahaja kesemuanya jadi nombor dua tidak kisahlah sama ada anda kaya atau miskin, pandai atau sebaliknya namun nombor satu adalah kesetiaan jadi kita tahu orang yang setia dengan kita.

“Orang yang hilang dua tahun tiba-tiba aktif mereka datang untuk memeriahkan kita tapi untuk memilih ketua ini perlu cari yang setia ini cari yang setia.

“Kalau ada sifat loyal ini tak perlu ada Akta Lompat Parti sebab dalam jiwa tidak pernah letak kesetiaan nombor satu kalau kita tanamkan kesetiaan itu buatlah apa sahaja ‘saya kekal bersama parti’.

“Selain daripada perundangan yang hendak dibuat ini kena cari orang seperti ini, saya percaya orang itu banyak ketika UMNO jatuh namun mereka bangkit bersama UMNO,” ujar beliau lagi. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.