PADU Tidak Janji Bulan Dan Bintang – Khairy

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin berpuas hati dengan manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) kerana meletakkan kesihatan awam antara aspek terpenting dalam manifesto itu. Khairy selaku menteri kesihatan berkata, manifesto BN yang menawarkan perbelanjaan kesihatan awam sebanyak lima peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menepati keperluan rakyat pada masa ini. […]

» Read more

Manifesto BN Mampu Dilaksana, Berpijak Di Bumi Nyata – Ismail Sabri

BERA, 8 Nov – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan semalam mampu dilaksanakan dan bukan bersifat menjanjikan ‘bulan dan bintang’ bagi meraih undi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini kerana manifesto itu digarap berdasarkan inti pati Bajet 2023, dengan tambahan beberapa tawaran baru yang boleh dijadikan penambahbaikan pada belanjawan itu, dan perlu dibentangkan semula berikutan […]

» Read more

Empat Penjuru Di Masjid Tanah, BN Ada Kelebihan – Abdul Hakim

MASJID TANAH, 8 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid melihat setiap calon yang bertanding di kawasan berkenaan mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Cuma katanya yang akan berdepan saingan empat penjuru di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, BN tentunya mempunyai kelebihan berasaskan kepada persiapan awal dan juga keyakinan masyarakat setempat […]

» Read more

PADU, Manifesto BN Realistik Dan Berfokus Untuk Manfaat Rakyat Terbanyak – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang menggariskan 10 teras dan 99 tawaran untuk rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 sangat komprehensif dan mencakupi semua lapisan masyarakat. Katanya, menerusi PADU tidak akan timbul janji kosong atau manifesto bukan kitab suci kerana PADU berdasar keupayaan kewangan […]

» Read more

Wakil Rakyat Bawa Amanah, Bukan Perwatakan Populis – Dr Fathul

  KANGAR, 8 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jaya berkata menjadi seorang wakil rakyat memerlukan sikap tanggungjawab dalam membawa amanah rakyat. Katanya, meskipun sebagai calon baharu mewakili parti beliau berpandangan perwatakan yang populis yang dibawa oleh segelintir ahli Parlimen adalah suatu yang tidak sewajarnya berlaku. “Rakyat mungkin boleh menilai dengan […]

» Read more

‘Pasir Gudang Kita Punya’, Bersama Kembalikan Kegemilangannya – Noor Azleen

PASIR GUDANG, 8 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Gudang Noor Azleen Ambros menyeru rakyat khususnya pengundi bersama mengembalikan zaman kegemilangan kawasan itu yang tertangguh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu. Ini kerana katanya, kerajaan yang mengambil alih sejurus selepas PRU14 telah menghentikan banyak perancangan yang direncanakan oleh BN. “Sekiranya saya diberi peluang dan kepercayaan pengundi […]

» Read more

99 Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) Panduan BN Kemudi Tanah Air

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Barisan Nasional (BN) menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan menjadi panduan dalam mengemudi tanah air menjadi negara berkemajuan. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melancarkan PADU malam ini menerusi siaran langsung menegaskan bahawa ia bukanlah janji-janji manis. “PADU adalah tawaran baharu yang segar atau ‘ a new and fresh deal’ […]

» Read more

PADU Tawaran Baharu BN Untuk Rakyat Malaysia Bentuk Kerajaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Barisan Nasional (BN) menampilkan Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang menggariskan 10 teras dan 99 tawaran untuk rakyat Malaysia dalam memberikan mandat bagi membentuk kerajaan Persekutuan kelak. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tampil menawarkan kestabilan dan kemakmuran yang Malaysia perlukan atas kesedaran bahawa sesebuah parti yang berhasrat menjadi kerajaan, perlu mempunyai […]

» Read more

Pilih BN Kerajaan Stabil Jamin Pelaksanaan Dasar Efektif, Parti Lain Retorik – Shahelmey

PUTATAN, 7 Nov – Parti yang mampu menjamin pelaksanaan dasar kerajaan yang efektif perlu diberi peluang untuk mentadbir negara ini. Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, BN mempunyai trek rekod yang menjaga kebajikan rakyat selain pelaksanaan polisi serta dasar membangunkan ekonomi negara secara mapan. “Pendekatan parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH) yang dilihat hanya bersifat […]

» Read more

Biar BN Uruskan Batu Kawan, Kon Yeow Sibuk Jaga Kerajaan Negeri – Musa

PULAU PINANG, 7 Nov – “Parlimen Batu Kawan biar Barisan Nasional (BN) uruskan, kesian dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow perlu jaga kerajaan negeri lagi.” Demikian kata Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika diminta mengulas keabsahan calon MCA, Tan Lee Huat yang berdepan saingan lima penjuru termasuk Kon Yeow di Parlimen Batu Kawan di sini. […]

» Read more
1 16 17 18 19 20 28