99 Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) Panduan BN Kemudi Tanah Air

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Barisan Nasional (BN) menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan menjadi panduan dalam mengemudi tanah air menjadi negara berkemajuan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melancarkan PADU malam ini menerusi siaran langsung menegaskan bahawa ia bukanlah janji-janji manis.

“PADU adalah tawaran baharu yang segar atau ‘ a new and fresh deal’ daripada BN kepada rakyat Malaysia.

“PADU bukan janji-janji manis dan indah. PADU bukan tentang segala-galanya percuma. PADU bukan tentang pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi, tetapi, PADU adalah pelan yang serius dan rasional,” katanya.

Tegasnya, PADU adalah pelan yang mempunyai sasaran yang jelas dan BN akan amal serta usahakan dengan sebaiknya demi kemaslahatan semua.

Dalam hal ini, beliau memaklumkan PADU memfokuskan kepada lima idea besar yang mendasari tawaran utamanya iaitu:

Pertama,
PADU adalah penyelesaian nasional yang komprehensif bagi menjawab pelbagai isu paling mendesak seperti kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi.

Kedua,
PADU adalah tentang tekad BN untuk melakukan beberapa pembaharuan yang radikal dan bersifat struktural dalam negara kita.

Ketiga,
PADU akan tampilkan ialah keterangkuman dan pengiktirafan kerencaman.

Keempat,
PADU adalah satu penggandaan usaha untuk kita meletakkan asas-asas penting untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.

Kelima,
perlunya kerajaan yang kuat dan stabil dengan pasukan kerja yang terbaik. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2022/11/PADU_99tawaran_rev4Nov_0307.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.