Bendera Terbalik: Isu Maruah Negara, Bukan Sekadar Kecuaian

SAYA memerhati dengan penuh kegusaran terhadap trend baharu dalam wacana politik negara. Setiap kali berlaku insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik, bukannya lahir suara bersama mengecam tindakan biadab itu, sebaliknya muncul pula suara-suara ahli politik yang cuba mengecilkan isu ini. Lebih membimbangkan, pemimpin yang tampil mempertahankan maruah bendera negara pula dijadikan sasaran serangan, diperlakukan seolah-olah keterlaluan dalam mempertahankan simbol kedaulatan […]

» Read more

Pendakwaan Dr. Akmal: Ujian Demokrasi dan Cabaran Naratif Politik

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, bakal didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan di media sosial yang didakwa boleh mengganggu ketenteraman awam. Pendakwaan ini bukan sekadar satu proses undang-undang. Ia membawa bersama pelbagai implikasi terhadap landskap politik negara, kredibiliti institusi perundangan, dan hala tuju naratif perjuangan […]

» Read more

Justice Bukan Public Revenge, Hormati Rule Of Law Kes Zara

RAMAI yang marah. Ramai yang kecewa. Semua orang mahu justice untuk arwah mangsa. Itu kita semua setuju. Tetapi mari kita tanya diri sendiri dengan jujur — apakah kita benar-benar mahu justice, atau sebenarnya kita sedang menuntut “public revenge” yang mengorbankan prinsip undang-undang? Kenapa saya kata begitu? Kerana dalam desakan kita untuk “mendedahkan” nama lima remaja yang dituduh, kita sebenarnya sedang […]

» Read more

Titah Adendum Sah, Perlu Dilaksanakan Segera

SAYA menyokong kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden UMNO semalam bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dengan jelas menunjukkan Titah Adendum terhadap Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah itu wujud dan sewajarnya tidak perlu lagi ke Mahkamah Tinggi, hanya perlu dilaksanakan segera. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang jelas mengesahkan kewujudan Titah Adendum berhubung perkara […]

» Read more

Sudah Tiba Masanya Malaysia Menggubal Akta Anti Buli

DENGAN penuh rasa sedih dan simpati, saya ingin menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap kes-kes buli yang kini meragut nyawa, meruntuhkan masa depan, dan meninggalkan luka kekal dalam institusi pendidikan negara. Kita tidak lagi berhadapan dengan kes buli ringan atau kenakalan remaja biasa. Kita berdepan dengan keganasan, kezaliman, dan penderitaan yang disengajakan, yang kini berlaku di tempat yang sepatutnya menjadi tempat paling […]

» Read more

Turun Anwar… Himpunan Tanpa Arah, Hasil Kosong

Seminggu sudah TURUN ANWAR berlalu. Beberapa kesimpulan boleh dibuat terhadap perhimpunan berkenaan. 1. PMX, DSAI masih lagi memimpin negara. “Lautan manusia” yang digambarkan turun pada hari berkenaan tidak meninggalkan kesan kepada kepimpinan beliau. Seperti dijangka, seberapa ramai pun yang hadir tidak akan memberi kesan kepada kedudukan DSAI kerana itu bukanlah ruang sebenar untuk menjatuhkan beliau. Ia hanya sekadar lakonan politik […]

» Read more

Bukan Solo Tapi Solo

MUNGKIN ramai yang agak keliru dengan tajuk kenyataan saya. Saya merujuk kepada kenyataan YAB Presiden DSZH yang diucapkan di dalam Forum BN baru-baru ini di WTC. Tegas menyatakan UMNO dan BN tidak akan bergerak solo dalam menghadapi PRU16 tetapi ramai termasuk media yang hanya mengambil separuh sahaja kenyataan yang tidak pula memberi tumpuan kebenaran yang terpenting bilamana BN akan bertanding […]

» Read more

Surat Terbuka Dari Gaza Buat Kementerian Luar Negeri Malaysia

UMUM mengetahui Peperangan antara Israel-Palestin masih tiada kesudahan sehingga ke hari ini. Berpuluh desakan telah dilakukan oleh pelbagai negara dan agensi namun, rakyat Gaza masih menderita. Terbaru, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ada mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak 75% penduduk Gaza sedang mengalami kebuluran dan krisis kemanusian yang teruk melibatkan wanita dan kanak-kanak. Dilaporkan, angka kematian telah meningkat sebanyak 60,00 orang termasuk […]

» Read more

Pahang Catat Jumlah Pelaburan RM4 Bilion, Tertinggi Di Negeri Pantai Timur

KERAJAAN Negeri Pahang terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam menarik pelaburan ke negeri ini. Sehingga Jun 2025, Pahang mencatat jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai keseluruhan mencecah RM4 bilion, sekali gus mengatasi negeri-negeri lain seperti Terengganu (RM1.3 bilion) dan Kelantan (RM1.1 bilion). Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat dan usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk agensi-agensi Kerajaan Negeri, syarikat […]

» Read more

Cukai & Rakyat Malaysia… Satu Realiti

BEBERAPA hari selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas sektor-sektor baharu bermula 1 julai 2025, ramai rakyat mula meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati. Walaupun pengumuman telah dibuat lebih awal, namun pelaksanaannya tetap menimbulkan keresahan. Ramai yang tertanya-tanya mengapa dalam keadaan ekonomi yang masih perlahan, kos sara hidup yang makin menghimpit, kerajaan memilih untuk mengenakan cukai tambahan […]

» Read more
1 7 8 9 10 11 84