GST Lebih Telus, Menyeluruh Dan Berakauntabiliti Berbanding SST

1️⃣ Saya ingin membalas Kenyataan Balas Kepada Tony Pua, bekas Setiausaha Politik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan pada 2018 hingga 2020 berkaitan dengan GST vs SST. Tony Pua dan pihak yang mempertahankan SST wajar menjawab persoalan asas ini: 1. Apakah sistem SST mampu memberikan rekod transaksi lebih menyeluruh? 2. Apakah pemantauan SST lebih sistematik? 3. Adakah kutipan hasil negara […]

» Read more

Johor Maju, Rakyat Sejahtera: Kepimpinan yang Bekerja, Negeri yang Terbela

Orang selalu bertanya, apakah ukuran sebenar sebuah negeri yang maju? Adakah kerana bangunannya semakin tinggi, pelaburannya berbilion ringgit atau jalan rayanya semakin panjang? Pada saya, semua itu penting. Tetapi kemajuan yang lebih bermakna ialah apabila seorang ayah tidak terlalu bimbang tentang pekerjaan anaknya, seorang ibu mampu mengurus keperluan keluarga dan orang tua dapat menjalani hari-hari mereka dengan lebih tenang. Sebab […]

» Read more

Dap: Buktikan Konsistensi Pertahan Sensitiviti Umat Islam, Bukan Sekadar Retorik

Saya memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Khoo Poay Tiong yang mempersoalkan pelaksanaan arahan penutupan sementara premis perniagaan ketika waktu solat Jumaat di Terengganu. Nampaknya, apabila tiba isu yang melibatkan kepentingan umat Islam, masih ada pemimpin yang begitu pantas menggunakan alasan kebebasan berniaga, keharmonian masyarakat majmuk dan hak golongan bukan Islam untuk mempertikaikan dasar yang telah sekian lama […]

» Read more

Tony Pua Perlu Jelaskan Sumber Minit Lembaga Pengampunan

Saya memandang serius penyebaran dokumen yang didakwa merupakan petikan minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-64 berkaitan pengampunan dan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak. Isu ini bukan sekadar berkaitan perbezaan pandangan politik mengenai Datuk Seri Najib Razak. Ia menyentuh persoalan yang jauh lebih besar, iaitu tatakelola dokumen rasmi kerajaan, ketelusan proses pentadbiran serta penghormatan terhadap Institusi […]

» Read more

RM4.67 Juta Jadi RM1,000, Jangan Lari Daripada Persoalan Sebenar

Saya baru lepas membaca kenyataan YB Hannah Yeoh tentang isu premium Kuala Lumpur – Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH). Saya juga membaca hujah balas daripada YB Datuk Dr Akmal Saleh. Ini hujah saya untuk YB Hannah Yeoh, Saya tidak mempertikaikan kepentingan memelihara bangunan warisan. KLSCAH mempunyai sejarah 103 tahun dan wajar dipelihara. Tetapi apabila anggaran premium tanah RM4.67 juta akhirnya […]

» Read more

Dap, Raja Berperlembagaan & Batas Kuasa

Dunia politik hari ini seolah-olah semakin kehilangan batas. Apabila institusi Raja-Raja Melayu dijadikan medan pertikaian politik, rakyat mula mempersoalkan di manakah garis pemisah antara kebebasan bersuara dengan tanggungjawab menghormati Perlembagaan Persekutuan? Malaysia bukan sebuah negara republik. Negara berdaulat ini dibina berasaskan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar lambang kedaulatan negara, sebaliknya mempunyai kedudukan, fungsi […]

» Read more

Jelajah Kesihatan Dan Santuni Pengundi; Birukan Melaka

USAHA mendekati rakyat secara bersemuka terus dipergiat menerusi Program Jelajah Kesihatan dan Ziarah Kasih anjuran Kelab Sahabat Najib 87 (KSN87) dengan kerjasama Veteran UMNO Melaka serta jentera Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka. Jelajah ini dimulakan di DUN Ayer Molek, kawasan calon BN Datuk Ridhwan Ali, kemudian diteruskan ke DUN Rim, kawasan calon BN […]

» Read more

Peletakan Jawatan Loke: Institusi Raja Perlu Dihormati

Saya mengambil maklum keputusan YB Anthony Loke meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta semalam, 10 November 2026, susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pelaksanaan baki hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tahanan rumah. Untuk berlaku adil, keputusan meletakkan jawatan ialah hak seseorang pemimpin. Namun, apabila peletakan jawatan itu dikaitkan secara langsung dengan pelaksanaan keputusan mahkamah serta […]

» Read more

Politik Identiti: Jangan Sampai Kita Lupa Hikmah Sejarah

MENJELANG pilihan raya, kita sering mendengar pelbagai tuduhan politik. Ada yang dilabel perkauman, ada yang dituduh mengancam perpaduan, seolah-olah memperjuangkan kepentingan bangsa sendiri dengan sendirinya bermaksud memusuhi bangsa lain. Saya fikir kita perlu lebih berhati-hati. Perkataan rasis bukan tuduhan kecil. Ia membawa makna yang berat kerana menyentuh maruah, prasangka dan penafian hak sesama manusia. Janganlah kerana berbeza pendirian politik, kita […]

» Read more

Dah Bayar RM50 Juta, Najib Masih Boleh Tangguh Hukuman Di Rumah?

Kuasa pengampunan diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, manakala Peguam Negara mempunyai fungsi memberikan nasihat undang-undang sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 145. Peguam Negara berhak memberikan nasihat dan mendapatkan penjelasan mengenai tafsiran sesuatu keputusan pengampunan. Bagaimanapun, kuasa tersebut bukanlah kuasa untuk membatalkan atau mengetepikan pengampunan yang telah diperkenankan secara sah. Perlu diingat bahawa: 1. Perintah pengampunan 18 September 2026 […]

» Read more
1 2 3 … 88