Anak Muda Negeri Sembilan: Bangkit Tentukan Masa Depan

ANAK-ANAK muda Negeri Sembilan, Saudara dan saudari merupakan generasi yang akan mewarisi negeri ini. Apa jua keputusan yang dibuat pada hari mengundi bukan sekadar menentukan siapa yang mentadbir untuk lima tahun akan datang, tetapi turut menentukan peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan, ekonomi yang akan dibina, pendidikan yang akan diperkasakan serta masa depan yang bakal dinikmati oleh anak-anak kita kelak. Janganlah […]

» Read more

Hormati Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Sehingga Pilihan Raya

PERJANJIAN Pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dimeterai pada 22 November 2022 atas asas-asas berikut: 1. Perjanjian ini dimeterai bagi menghormati dan menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan pembentukan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat selepas lima hari Parlimen tergantung kerana tiada parti yang cukup majoriti […]

» Read more

Isu KWAP Rugi RM200 Juta: Dedahkan Hasil Siasatan Penuh Secara Telus

KERUGIAN hampir RM200 juta yang dialami oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) akibat diperdaya dalam urusan pelaburan, jujur saya katakan bahawa saya amat terkilan dan terkejut. RM200 juta ini bukannya angka yang kecil. Ini bukan duit poket mana-mana menteri, tetapi ini duit amanah milik para pesara yang telah berkhidmat bertahun-tahun untuk negara. Dana sebesar ini sepatutnya dilindungi dengan sistem tadbir urus […]

» Read more

“Mandat Besar, Amanah Yang Lebih Besar”

PILIHAN raya sentiasa menjadi detik penting dalam perjalanan sesebuah demokrasi. Ia bukan sekadar proses memilih kerajaan, tetapi medan untuk rakyat menyatakan harapan, menzahirkan kepercayaan dan menentukan arah masa depan negeri serta negara. Dalam konteks Johor, setiap kali rakyat keluar mengundi, mereka bukan sekadar melaksanakan hak sebagai pengundi, tetapi turut memikul tanggungjawab sebagai warga yang prihatin terhadap masa depan negeri yang […]

» Read more

Kembalikan Keyakinan, Teruskan Kemajuan Bersama Barisan Nasional

KESTABILAN bukan sekadar slogan politik, tetapi prasyarat utama kepada kemajuan sesebuah negeri dan negara. Dalam keadaan ekonomi dunia yang penuh ketidaktentuan, rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai pengalaman, rekod pencapaian dan keupayaan untuk membuat keputusan yang tepat. Atas asas inilah Barisan Nasional wajar kembali diberikan keyakinan oleh rakyat. Mengapa rakyat perlu kembali memberi keyakinan kepada Barisan Nasional? Jawapannya terletak pada […]

» Read more

PRN Johor … Daripada Hinaan Kepada Kemenangan

Daripada hinaan kepada kemenangan,terima kasih Bangsa Johor – kini giliran BN menunaikan amanah rakyat Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT atas kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Johor. Mandat yang diberikan oleh Bangsa Johor bukan sekadar satu kemenangan politik. Ia adalah amanah yang sangat besar dan kepercayaan yang wajib kami lunaskan dengan kerja, integriti serta […]

» Read more

Pilih BN, Solusi Masa Depan Anak Muda

PILIHAN Raya Negeri Johor bukan sekadar menentukan parti yang akan mentadbir negeri ini untuk lima tahun akan datang. Ia adalah pilihan yang akan menentukan masa depan generasi muda Johor. Sebagai anak muda, saya percaya aspirasi kami cukup jelas. Kami mahukan peluang untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti, pekerjaan dengan gaji yang bermaruah dan peluang memiliki rumah sendiri. Ketiga-tiga perkara inilah yang […]

» Read more

Bangsa Johor Memilih Kesinambungan Demi Masa Depan Negeri

ALHAMDULILLAH, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, rakyat Johor sekali lagi diberi peluang untuk menentukan masa depan negeri yang kita cintai ini melalui Pilihan Raya Negeri pada 11 Julai 2026. Pilihan raya bukan sekadar memilih sebuah kerajaan. Ia adalah medan untuk rakyat menentukan arah pembangunan negeri, kesinambungan dasar serta masa depan anak-anak dan cucu-cicit kita. Sebab itu, […]

» Read more

Mahasiswa Johor Perlu Pilih Kestabilan Demi Kesinambungan Pembangunan

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 pada 11 Julai ini bukan sekadar rutin demokrasi lima tahunan. Pilihan raya ini mengundang satu persoalan penting: adakah kita mahu meneruskan momentum pembangunan yang sedang dibina, atau mahu mengambil risiko dengan eksperimen politik yang belum terbukti di peringkat negeri? Sebagai Presiden UMNOSiswa Malaysia, saya menyeru rakan-rakan mahasiswa anak Johor yang menuntut di kampus-kampus luar […]

» Read more

Manifesto PH: Janji Baru Atau Idea Lama BN?

Dalam setiap pilihan raya, akan sentiasa ada pertandingan siapa yang mampu menawarkan lebih banyak janji kepada rakyat. Ada yang berlumba-lumba mengumumkan angka yang besar. Ada yang berlumba-lumba menjanjikan pelbagai insentif. Ada yang cuba meyakinkan rakyat bahawa semua masalah boleh diselesaikan hanya melalui satu manifesto. Pilihan Raya Negeri Johor 2026 juga tidak terkecuali. Pakatan Harapan tampil dengan manifesto yang dipenuhi pelbagai […]

» Read more
1 … 6 7 8 9 10 … 88