Siti Aisyah Mahu Teruskan Agenda ‘BN Sayang Rakyat’

MELAKA, 2 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood bertekad meneruskan agenda kebajikan rakyat yang menjadi antara keutamaan parti itu sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau berkata, pemilihannya sebagai calon BN bagi DUN berkenaan merupakan satu amanah yang disambut dengan penuh kesyukuran, selain menghargai kepercayaan dan sokongan […]

» Read more

PRN Melaka: Kempen Bijaksana, Jangan Terjebak Politik Kotor – Ab Rauf

TABOH NANING, 2 Nov – Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya menggerakkan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara bijaksana, berhemah dan berlandaskan prinsip demokrasi tanpa terjebak dengan hasutan kebencian, fitnah ataupun kempen ke arah politik jahat. Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, kempen yang berlangsung setakat ini berjalan dalam suasana baik dan […]

» Read more

Impian Mak Mah Tercapai, UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil Ditubuhkan

KOTA MELAKA, 2 Nov – Bermula dengan hasrat seorang ibu yang mahu melihat kampungnya mempunyai cawangan UMNO sendiri, impian menubuhkan UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil akhirnya menjadi kenyataan tahun ini, sekali gus membuka lembaran baharu perjuangan politik masyarakat setempat. Ketua UMNO Cawangan Kampung Bukit Kecil, Mohd Faizal Maarof berkata, penubuhan cawangan itu bukan sekadar memenuhi keinginan untuk bergerak secara tersendiri, […]

» Read more

Momentum Jentera Membara, Sedia Sasar Kemenangan – Tuminah Kadi

PANTAI KUNDUR, 2 Nov – Momentum dan semangat jentera Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundur berada pada tahap terbaik, dengan kesediaan penuh untuk menggerakkan kempen bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Calon BN bagi DUN Pantai Kundur, Tuminah Kadi berkata, persiapan jentera bukan sahaja berada pada tahap 100 peratus, malah kehadiran rakan […]

» Read more

“Lawan Fitnah Dengan Fakta, Jawab Tohmahan Dengan Bukti” – Ab Rauf

TANJUNG BIDARA, 2 Nov – “Lawan fitnah dengan fakta, jawab tohmahan dengan bukti.” Itulah mesej tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh kepada pasukan media dalam memastikan kebenaran terus dipertahankan ketika berdepan pelbagai naratif dan serangan di media sosial. Beliau menegaskan, jentera media tidak boleh sekadar menjadi penyampai maklumat, sebaliknya perlu bertindak sebagai barisan hadapan […]

» Read more

PRN Melaka: Tolak Provokasi, Jangan Masuk Perangkap Lawan

MELAKA, 2 Nov – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terperangkap dengan provokasi pihak lawan sehingga menjejaskan fokus dan kelancaran gerak kerja sepanjang tempoh berkempen. Beliau berkata, jentera parti perlu terus berpegang kepada perancangan dan strategi yang telah ditetapkan, selain memberikan tumpuan kepada usaha menyantuni pengundi serta memastikan mereka keluar menunaikan […]

» Read more

Rekod Khidmat Jadi Sandaran Sokongan Pengundi Untuk BN – Wan Rosdy

TELOK MAS, 2 Nov – Rekod khidmat dan keprihatinan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dalam mendampingi masyarakat menjadi antara faktor yang diyakini mampu menarik sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sambutan masyarakat terhadap program kempen yang diadakan […]

» Read more

Rosli Tekad Bela Nasib Nelayan, Isu Lesen Jadi Keutamaan

KUALA LINGGI, 1 Nov – Nasib dan kebajikan komuniti nelayan di Kuala Linggi tidak boleh terus dipinggirkan, terutama membabitkan isu lesen menangkap ikan serta kemudahan jeti yang selamat dan sempurna. Itu antara komitmen calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Datuk Rosli Abdullah yang mahukan permasalahan dihadapi golongan nelayan diberikan perhatian serius, sekali gus memastikan mereka […]

» Read more

Mohd Ridhwan Fokus Dekati Pengundi, Bawa Aspirasi BN

HANG TUAH JAYA, 1 Nov – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali memaklumkan agenda penyatuan ummah dan kesinambungan pembangunan menjadi antara fokus utama beliau dalam pertemuan bersama pengundi. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya berkata perkara itu penting bagi memastikan rakyat memahami aspirasi yang dibawa BN pada Pilihan […]

» Read more

Pengalaman Politik, Trek Rekod Taruhan Mustafa Di Durian Tunggal

ALOR GAJAH, 1 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal, Datuk Dr Mustafa Musa mempertaruhkan pengalaman dalam dunia politik dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah berkata ini termasuk fokus memastikan kesinambungan usaha penyandang Datuk Zahari Khalil. “Berkecimpung dalam dunia politik ini sudah sudah begitu lama […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 … 15