Suriati Yakin Rakyat Pilih ‘Kalih Bagi Sama’ Di DUN Kuala Ketil

KUALA KETIL, 11 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil Suriati Che Mid yakin rakyat di kawasan itu akan memberi kepercayaan kepadanya bagi mewakili mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 ini. Kata Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling itu, apa yang perlu dilakukan lagi di saat-saat ini adalah menggiatkan usaha menarik seramai mungkin pengundi […]

» Read more

Bung Moktar ingatkan pengundi muda jangan tersalah pilih dalam PRN kali ini

HULU LANGAT, 11 Ogos – Berbaki beberepa jam lagi hari pengundian PRN di enam buah negeri di Semenanjung, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan pengundi muda yang bakal melaksanakan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini tidak tersalah pilih untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil. Katanya, jika rakyat khususnya kalangan generasi muda mahukan sebuah […]

» Read more

Rakyat Kelantan Mahukan Perubahan, Noktahkan 33 Tahun Pemerintahan Pas

GUA MUSANG, 11 Ogos – Rakyat Kelantan sememangnya mahukan perubahan dan berhasrat untuk menukar tampuk kepimpinan sedia ada yang telah bertapak selama 33 tahun tanpa sebarang kemajuan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Amran Arifin memaklumkan bahawa sebagai penyandang kerusi tersebut, perjuangan untuk membina balai bomba di kawasan Paloh […]

» Read more

Undilah Kerajaan Perpaduan Demi Teruskan Kestabilan dan Kemakmuran – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru rakyat khususnya para pengundi di enam negeri terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu untuk mengundi calon-calon yang bakal menegakkan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri. Ini penting katanya agar kestabilan dan kemakmuran sebagaimana yang dilaksanakan di peringkat […]

» Read more

Ingin Terus Berkhidmat Kepada Rakyat… Sambung Yang Tergendala – Mohd Adhan

JELI, 11 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga, Datuk Mohd Adhan Kechik berhasrat untuk meneruskan segala khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang lima tahun sekiranya diberi mandat semula oleh rakyat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Ujarnya, beliau memperoleh sambutan yang amat memberangsangkan sepanjang tempoh berkempen ini. “Alhamdulilah, sambutan yang saya perolehi […]

» Read more

Fadzil Optimis Dapat Mempertahankan DUN Sungai Tiang

 SUNGAI TIANG, 11 Ogos – Hanya tinggal beberapa jam lagi masa berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang, Mohamad Fadzil Zolkipli tekad mempertahankan kerusi yang disandang oleh Datuk Suraya Yaacob pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14. Beliau optimis dan yakin gerak kerja yang dilakukan oleh UMNO bahagian Pendang serta […]

» Read more

Tenang Untuk Mengundi… Fikirkan Apa Yang Boleh Perbaiki Mutu Kehidupan – Hasnal Rezua Merican

RAWANG, 11 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican mengajak rakyat khususnya para pengundi untuk tidak emosi sebaliknya tenang dalam memikirkan siapa sebenarnya yang layak untuk menjadi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Selayang menegaskan bahawa sewajarnya setiap keputusan perlu dipertimbang dengan memikirkan apakah […]

» Read more

‘Ajil Bangkit’ Bersama Rakan-Rakan DUN Lain, Jangan Sia-Siakan Peluang Lima Tahun Sekali – Jailani

HULU TERENGGANU, 11 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Datuk Seri Jailani Johari berikrar untuk menggunakan pengalamannya semasa berada di dalam Kabinet sebelum ini untuk bersama-sama masyarakat di kawasan berkenaan khususnya memajukan lagi kawasan tersebut. Menurut beliau semasa menjadi Ahli Parlimen Hulu Terengganu selama sepenggal dan sebagai Timbalan Menteri, pelbagai perkara telah dibawa ke kawasan […]

» Read more

Angin Perubahan Di Kelantan Mula Kelihatan… Perlu Disambut Bagi Beroleh Keyakinan Rakyat

RANTAU PANJANG, 11 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok, Anuar Mohamad melihat bahawa angin perubahan terus berlaku di negeri Kelantan selepas negeri itu tidak mengalami apa-apa perubahan sepanjang 33 tahun di bawah pentadbiran Pas. Tegasnya, angin perubahan tersebut perlulah disambut sebaiknya agar keyakinan rakyat untuk mengubah pentadbiran kerajaan negeri Kelantan pada Pilihan […]

» Read more

PRN: Menjadi Tanggungjawab BN Untuk Sokong Calon-Calon PH

GOMBAK, 11 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Barisan Nasional (BN) untuk membalas keikhlasan Pakatan Harapan (PH) dalam kerjasama dengan menyokong calon-calon mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Tegasnya, meskipun BN-PH diserang dengan pelbagai fitnah, keserasian kerjasama antara dua gabungan tersebut diyakini mampu menepis segala anasir jahat pihak lawan. “Tidak […]

» Read more
1 2 3 4 5 6 41