Mahdzir Khalid, Isteri Selesai Mengundi, Puas Hati Dengan Perjalanan Proses

PADANG TERAP, 12 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Naka sekitar jam 9.50 pagi tadi. Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu itu tiba di lokasi pada jam 9.25 pagi sambil diiringi isterinya, Datin Seri Noraini Abdullah, yang turut mengenakan pakaian sedondon berwarna biru dan sulaman merah. Mahdzir […]

» Read more

22 Peratus Keluar Mengundi Di Terengganu Setakat 10 Pagi, Kedah Dan Pulau Pinang 20 Peratus

PUTRAJAYA, 12 Ogos – Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat 10 pagi di Terengganu merekodkan 22 peratus manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 20 peratus, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Selangor pula mencatatkan 19 peratus, Negeri Sembilan 18 peratus dan 17 peratus di Kelantan. Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat […]

» Read more

PRN: Jalaluddin, Isteri Selesai Mengundi Di Pertang

JELEBU, 12 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Putra. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan hadir bersama isteri, Datin Seri Maziah Mohd Nor kira-kira jam 9.09 pagi tadi. Jalaluddin kemudian terus masuk ke dalam pusat pengundian dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi. Untuk rekod, […]

» Read more

Lebih 9.67 Juta Pengundi Di Enam Negeri Mengundi Hari Ini

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Lebih 9.67 juta pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang. Turut diadakan hari ini adalah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu. Kesemua pusat pengundian di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Negeri […]

» Read more

Ahmad Zahid Seru Rakyat Enam Negeri Tunai Tanggungjawab, Bentuk Kerajaan Atas Semangat Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kebersamaan yang kini wujud di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan telah menunjukkan keberhasilan maka lebih manis sekiranya seluruh kerajaan negeri ditubuhkan atas semangat Malaysia Madani, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut menyeru para pengundi di negeri yang […]

» Read more

Tolak Sentimen Kebencian, Rai Dan Pilih Calon Perpaduan – SUA

KUALA PILAH, 11 Ogos – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru pengundi di enam buah negeri Pilihan Raya Negeri (PRN) bijak dalam memilih calon yang memberi manfaat bagi masa hadapan mereka. Jelas beliau, pengundi juga diharapkan untuk tidak termakan dengan sentimen dicipta segelintir pihak yang membawa politik kebencian. “Jangan sesekali kita memilih berasaskan sentimen, andaian, persepsi yang […]

» Read more

Pilih Parti Yang Berwibawa, Mampu Laksana Tadbir Urus Negeri – Jalaluddin

JELEBU, 11 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini memilih parti yang berkemampuan dan berwibawa dalam melaksana tadbir urus negeri. Jelas beliau, ini kerana ia penting ke arah memacu pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang. “Gunakan kesempatan dan peluang ini untuk memastikan kerajaan Negeri Sembilan […]

» Read more

Gelombang Aura Pilih BN-PH Akan Berlaku dalam PRN Ini – Mohd Rafi

HULU LANGAT, 11 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mampu mempertahankan Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Pada masa sama, aura gelombang sokongan kepada gabungan BN-PH juga dirasai yang mahu perubahan kepimpinan di Kedah, Terengganu dan Kelantan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, […]

» Read more

Pilih Parti Ada Pengalaman, Cemerlang Tadbir Negeri – Ahmad Maslan

PORT DICKSON, 11 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengajak rakyat khususnya anak muda menunaikan tanggungjawab mereka untuk turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, buat pilihan bijak dengan mengundi Barisan Nasional (BN) yang terbukti telah banyak berjasa kepada pembangunan negara. “Untuk anak muda jangan fikir parti lain, fikirlah BN yang banyak berjasa pada […]

» Read more

Mohd Syahbuddin Mahu Jadikan DUN Galas Sebagai Contoh, Pentadbiran Selari Bawa Manfaat

GUA MUSANG, 11 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai contoh kerana mempunyai kemudahan lengkap kerana selari dengan kerajaan pusat. Ini kerana katanya, rakyat di Negeri Kelantan khususnya telah menunjukkan penerimaan yang baik terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. […]

» Read more
1 2 3 4 5 41