Usah Terlampau Yakin PN, Kami Wakili Anak Tempatan – Calon PH-BN Utara Selangor

SEKINCHAN, 3 Ogos – Calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di utara Selangor optimis mampu menyumbang kemenangan kepada gabungan itu meskipun parti lawan menyuarakan keyakinan bakal mendominasi wilayah itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar Datuk Rizam Ismail berkata sebagai penyandang kerusi dan anak tempatan, beliau […]

» Read more

Pertahan Sungai Lui, Mohd Razi Santuni Seramai Mungkin Pengundi

JELEBU, 3 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali melaksanakan pelbagai kaedah dalam mendekati pengundi sempena mengharungi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). Katanya, pendekatan untuk berjumpa pengundi ini harus dilakukan meskipun beliau adalah penyandang di DUN ini selama dua penggal bagi memaklumkan segala politik khidmat bakti dilakukan di kawasan. “Program […]

» Read more

Rancakkan Kembali Projek Petronas Antara Komitmen Calon BN Di DUN Chukai

KEMAMAN, 3 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Datuk Seri Muhammed Rahim Husain akan memberi penekanan soal ekonomi khususnya soal-soal melibatkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat selain isu perumahan di kawasan berkenaan. Untuk itu, beliau mempunyai iltizam akan berusaha sebaiknya jika mendapat mandate pada 12 Ogos nanti  untuk menghidupkan kembali projek-projek yang melibatkan Petronas agar […]

» Read more

Noor Hasnita Yakin Persefahaman BN-PH Dapat Rampas Kembali DUN Anak Bukit

  ANAK BUKIT, 3 Ogos – Tugas untuk merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit bukan satu perkara yang mudah kerana sudah lama tidak berada di tangan Barisan Nasional (BN), kata calon BN bagi kerusi DUN tersebut, Datin Noor Hasita Mat Isa. Menurutnya, berdasarkan persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH), beliau akan terus berusaha merampas kembali DUN Anak Bukit pada Pilihan […]

» Read more

Abd Razak Dekati Semua Peringkat Rakyat, Bawa Aspirasi Pembangunan

TAMPIN, 3 Ogos – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said memaklumkan siri kempennya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dilakukan secara menyeluruh dalam mendekati pelbagai lapisan masyarakat. Katanya pendekatan sebegini adalah penting bagi memastikan perancangan agenda di kawasan difahami sebaiknya oleh rakyat. “Selain golongan muda kita juga memfokuskan pengundi bawah 40 tahun, berkenaan keperluan dan kehendak […]

» Read more

Rakyat Berharap Kerajaan Negeri Kedah Senada, Seirama Dengan Kerajaan Persekutuan

  BUKIT KAYU HITAM, 3 Ogos – Tinjauan UMNO Online mendapati kebanyakan rakyat Kedah kini inginkan perubahan dan mahu kerajaan negeri sealiran dengan kerajaan persekutuan. Mereka berpandangan, ini bagi manfaat rakyat terutama berkaitan pembangunan infrastruktur, kemakmuran ekonomi, kebajikan pesawah dan sebagainya terus mendapat perhatian yang sewajarnya. Bagi seorang pesara kerajaan, Jazli Fadhil, 60 tahun, berkata negeri Kedah merupakan sebuah negeri […]

» Read more

Nik Normi Hasrat Bina Sebuah Pusat Tahfiz Di DUN Chempaka

PENGKALAN CHEPA, 3 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Nik Normi Nik Ayub berhasrat untuk membina sebuah pusat tahfiz di kawasan ditandingi sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Jelasnya, pelbagai gerak kerja juga telah dilakukan sepanjang tempoh berkempen ini bagi mendekati para pengundi di kawasan tersebut. “Alhamdulilah setakat ini […]

» Read more

Pengundi Diharap Tidak Terpengaruh Dengan Mainan Sentimen Yang Tidak Logik    

DUNGUN, 3 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap rakyat khususnya pengundi di enam negeri yang terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak mudah terpengaruh dengan sebarang sentimen yang dimainkan oleh pihak lawan. Beliau yang juga Menteri Besar Pahang seterusnya berkata sentimen tersebut termasuklah keputusan pada PRN ini akan memberi kesan kepada kepimpinan di peringkat kerajaan […]

» Read more

Tok Mat Dijangkiti Influenza, Rehat Tiga Hari Daripada Berkempen

KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dijangkiti virus influenza dan diarahkan oleh doktornya untuk berehat dalam tempoh dua hingga tiga hari. Menerusi satu hantaran video di laman Facebooknya, Mohamad, yang juga calon dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan, turut memohon maaf kepada pengundi dan […]

» Read more

Agenda ‘Ubah Kelantan’ Bawa Kesedaran Pentingnya Selarikan Kerajaan Negeri Dan Pusat

TUMPAT, 3 Ogos – Agenda ‘Ubah Kelantan’ yang dilaungkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ini adalah untuk membawa kesedaran mengenai betapa pentingnya untuk menyelarikan pentadbiran negeri dan pusat. Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu, Abdul Mannan Md Said berkata, sepanjang 33 tahun pemerintahan Pas, negeri […]

» Read more
1 17 18 19 20 21 41