Pertahan Sungai Lui, Mohd Razi Santuni Seramai Mungkin Pengundi

JELEBU, 3 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali melaksanakan pelbagai kaedah dalam mendekati pengundi sempena mengharungi kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Katanya, pendekatan untuk berjumpa pengundi ini harus dilakukan meskipun beliau adalah penyandang di DUN ini selama dua penggal bagi memaklumkan segala politik khidmat bakti dilakukan di kawasan.

“Program di pusat daerah mengundi, berbentuk kemasyarakatan, melibatkan anak muda, sebolehnya santuni rakyat dengan berjumpa seberapa ramai untuk merayu memberi sokongan.

“Saya sebagai penyandang, kelebihan yang kita ada iaitu servis dilaksana di kawasan walaupun pada penggal lepas saya sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) pembangkang tetapi hal membabitkan kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya masih kita laksanakan,” katanya.

Sementara itu beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu dalam pada itu berkata rakyat perlu memilih kerajaan yang sealiran dengan Persekutuan bagi memastikan segala agenda pembangunan negeri terus dilaksana.

“Tiada pilihan kerana kita perlu fikirkan sekarang adalah membina negara bangsa melalui pengorbanan dan untuk memberi peluang kepada kerajaan terutama Perdana Menteri bagi melaksanakan segala macam ransangan ekonomi dan sebagainya.

“Kita dalam situasi yang bertambah baik dan saya berharap rakyat untuk memikirkan kesan daripada kemelut politik yang telah melanda penggal lepas,” ujar beliau.

Untuk rekod, DUN Sungai Lui ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Mohd Razi dengan Mohd Nordin Hasim yang mewakili Perikatan Nasional (PN). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.