UMNO Wadah Perjuangan Sejati, Terbukti Hingga Kini – Rais

KUALA LUMPUR, 11 Mei –  Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin melihat UMNO walaupun pernah kecundang pada satu ketika kerana dakyah serta pelbagai janji palsu, namun hari ini ulang tahunnya yang ke-76 memperlihatkan parti tersebut terus bangkit menongkah cabaran. Menurut beliau yang juga EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Melaka, atas niat suci sejak sekian […]

» Read more

76 Tahun UMNO: Ayuh Malaysia, Bersama UMNO Kita Sambung Yang Tergendala – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan mengajak rakyat Malaysia untuk bersama UMNO dalam menyambung usaha pembangunan yang tergendala sebelum ini. Beliau yang juga Naik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata demikian dalam hantaran menerusi laman facebooknya bersempan ulang tahun UMNO ke 76, hari ini. Katanya, selama 76 tahun UMNO berkhidmat demi agama, bangsa, dan tanah […]

» Read more

Mendepani Cabaran, Pesona UMNO Perlu Sesuai Berzaman – Mohamad

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan parti ini perlu mempunyai pesonanya yang tersendiri bersesuaian dengan peredaran zaman. Jelas beliau, bagi mendepani cabaran pada masa hadapan parti keramat ini harus merangka strategi bagi memastikan kelangsungan UMNO dalam membela nasib agama, bangsa dan negara. “Berlumba-lumbalah untuk mempelajari yang baru dan terkini kerana UMNO memerlukan idea […]

» Read more

Moga UMNO Terus Kukuh Memayungi, Melindungi Masyarakat Negara Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 11 Mei – “Semoga UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.” Demikian harapn Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan sempena ulang tahun UMNO ke-76 hari ini. Beliau yang memuatnaik ucapan terbabit menerusi hantaran dalam laman media sosialnya berharap kepada seluruh ahli UMNO untuk bersama-sama meneruskan […]

» Read more

Nilai Perjuangan UMNO Terus Relevan, Jaga Rakyat Dan Negara – Noraini

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meluahkan kesyukuran dengan nilai perjuangan parti keramat ini yang sentiasa konsisten dalam membela nasib rakyat. Katanya, dalam meneruskan perjuangan selama 76 tahun sejak tertubuhnya parti ini, para kepimpinan terutama ahli telah menjadi pendokong dalam membuktikan UMNO terus relevan sehingga ke hari ini. “Saya ingin mengucapkan selamat […]

» Read more

Perhimpunan Agung Khas UMNO Proses Pindaaan Perlembagaan, Kukuhkan Lagi Parti – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Ahad ini adalah untuk meminda perlembagaan parti selaras dengan apa yang terkandung di dalam perkara yang telah diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang lalu. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata salah satu daripada lapan perkara atau usul yang diluluskan adalah berkaitan soal pemilihan parti dalam usaha […]

» Read more

Sambutlah Ulang Tahun UMNO Penuh Tawadhuk, Terus Kekalkan Rahsia Kejayaan Parti – Norshida

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim melihat UMNO mempunyai rahsianya yang tersendiri apabila terus kekal relevan dalam menyelusuri perjuangan sehingga ke hari ini. Menurut beliau 76 tahun perjuangan, pimpinannya bertukar ganti tetapi UMNO masih utuh dengan perjuangan sucinya, malah UMNO terus berkembang dan relevan dengan sentiasa mengamalkan teras ‘politik khidmat bakti’, ‘peduli rakyat’, bersifat […]

» Read more

Selamat Ulang Tahun UMNO, Masih Bertapak Di Hati Kerana Asas Penubuhannya – Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Bersempena ulang tahun UMNO ke 76 tahun, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menekankan tentang perjuangan UMNO yang masih terus relevan sehingga kini. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional, menerusi hantaran dalam laman facebooknya turut menyorot tentang perjuangan UMNO. Berikut kenyataan beliau yang ditujukan khusus kepada ahli-ahli UMNO: Ahli-ahli UMNO sekalian, Mereka yang menyatakan […]

» Read more

PM Ucap Tahniah Kepada Skuad Terjun Kebangsaan Raih Pingat Emas

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada skuad terjun kebangsaan yang setakat semalam telah berjaya meraih empat pingat emas dan masing-masing satu pingat perak dan gangsa pada temasya Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam. Menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata pencapaian itu adalah satu yang membanggakan dan permulaan […]

» Read more

30-40 Peratus Pesakit Long COVID Kembali Bekerja Dalam Tiga Bulan

PUTRAJAYA, 10 Mei – Seramai 30 hingga 40 peratus pesakit COVID berpanjangan (Long COVID) di Malaysia dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Sementara itu, Khairy menerusi kenyataan hari ini berkata sebanyak 60 hingga 70 peratus pesakit pula dapat kembali bekerja dalam tempoh enam bulan selepas dijangkiti. Menurutnya, lebih 4.4 juta individu […]

» Read more
1 991 992 993 994 995 1,964