Moga UMNO Terus Kukuh Memayungi, Melindungi Masyarakat Negara Ini – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 11 Mei – “Semoga UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.”
Demikian harapn Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan sempena ulang tahun UMNO ke-76 hari ini.
Beliau yang memuatnaik ucapan terbabit menerusi hantaran dalam laman media sosialnya berharap kepada seluruh ahli UMNO untuk bersama-sama meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.
“Hari ini, genap 76 tahun UMNO menjadi sebuah wadah perjuangan orang Melayu dan nakhoda yang senantiasa menabur bakti kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum.
“Semoga UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini.
“Kepada seluruh ahli UMNO, bersama-sama kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air. Selamat menyambut hari ulang tahun UMNO ke-76,” katanya.
Dilaporkan, kini Ismail Sabri berada di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja empat hari termasuk pertemuan dengan Presiden AS Joe Biden dan pemimpin ASEAN.
Perdana Menteri akan menyertai Biden, Naib Presiden AS, Kamala Harris dan pemimpin ASEAN lain dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat yang berlangsung selama dua hari. – UMNO Online