76 Tahun UMNO: Ayuh Malaysia, Bersama UMNO Kita Sambung Yang Tergendala – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan mengajak rakyat Malaysia untuk bersama UMNO dalam menyambung usaha pembangunan yang tergendala sebelum ini.

Beliau yang juga Naik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata demikian dalam hantaran menerusi laman facebooknya bersempan ulang tahun UMNO ke 76, hari ini.

Katanya, selama 76 tahun UMNO berkhidmat demi agama, bangsa, dan tanah air.

“Selamat Menyambut Ulangtahun UMNO ke-76. UMNO perlu terus gagah dan perkasa di dalam perjuangan untuk terus memberi keyakinan dan memperolehi kepercayaan rakyat Malaysia.

“UMNO sebagai parti politik terlama tanah air sudah melalui proses kematangan, empat tahun kebelakangan telah memberi ruang kepada kita untuk transformasi parti serta kenal siapa kawan, siapa lawan, siapa pejuang sejati dan siapa dalang menumpang perjuangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak kepada pejuang-pejuang parti untuk sentiasa kekal bermuhasabah dan terus merapatkan barisan bagi menghadapi segala cabaran di depan.

“Semoga kita terus menjadi benteng hadapan negara disamping memacu perjuangan parti demi membawa Malaysia maju ke depan.

“Ayuh Malaysia, bersama UMNO kita #SambungYangTergendala.,” katanya lagi.

Dilaporkan, beliau yang juga Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri kini berada di Amerika Syarikat kerana menyertai lawatan kerja empat hari Perdana Menteri dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat yang berlangsung di sana. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.