Nilai Perjuangan UMNO Terus Relevan, Jaga Rakyat Dan Negara – Noraini

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meluahkan kesyukuran dengan nilai perjuangan parti keramat ini yang sentiasa konsisten dalam membela nasib rakyat.

Katanya, dalam meneruskan perjuangan selama 76 tahun sejak tertubuhnya parti ini, para kepimpinan terutama ahli telah menjadi pendokong dalam membuktikan UMNO terus relevan sehingga ke hari ini.

“Saya ingin mengucapkan selamat Ulang Tahun UMNO… alhamdulillah UMNO kekal sampai sekarang dan lebih bersemangat,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berharap sambutan ulang tahun kali ini memberi signifikannya yang tersendiri terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita jadikan sebagai pembakar semangat terutama sebagai ahli UMNO untuk bekerja dengan lebih kuat lagi supaya kita akan menang pada pilihan raya yang akan datang,” ujar beliau. – UMNO Online